Thursday, August 27, 2009

LAWATAN KERJA PEGAWAI KANAN KERAJAAN NEGERI KEDAH DA KE SINGAPURA DAN PULAU BATAM, INDONESIA

Singapura : 29.1.2004

Setiap keputusan yang dibuat perlu mengambil kira pandangan dan pendapat semua pihak. Disamping itu pengalaman yang diraih dari lawatan-lawatan ke luar negeri amat berharga. Dengan itu barulah keputusan yang dibuat akan membuahkan hasil yang terbaik. Justru itulah maka pada 28.1.2004 kerajaan negeri Kedah telah menghantar sekumpulan Pegawai Tadbir Negeri Kedah ke Singapura untuk meninjau pembangunan di sana dan Pulau Batam Indonesia.

Perbincangan khas bersama YAB Menteri Besar Kedah DA dengan pegawai kanan Kerajaan Negeri Kedah diadakan di dewan mesyuarat Hotel Penginapan. Disebelah penulis ialah Allahyarham Hj Hashim Ismail, yang telah meninggal dunia sewaktu menjawat Jawatan Pegawai Daerah Kota Setar..

Pengalaman dan suasana yang diperolehi ini telah membolehkan banyak idea-idea baru dicurahkan untuk kepentingan pembangunan negeri Kedah. Perbincangan dan percambahan fikiran diadakan bersama-sama semua 45 orang peserta rombongan dengan diketuai oleh YB Dato’ Wira Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah. Pada 29.01.04 rombongan telah mengambil kesempatan membuat lawatan ke Pulau Batam Indonesia. Dalam lawatan tersebut rombongan telah melawat BIDA (Batam Investment Board ) di mana telah diberi taklimat mengenai peranan BIDA dalam pembangunan pulau Batam dan peluang pelaburan yang terdapat di situ. Antara bidang yang berpotensi di pulau Batam ialah dalam bidang pembangunan infrastruktur fizikal, ‘water disposal treatment’, ‘development of mass transportation’, pembangunan tapak perkhemahan, perikanan, ‘tourism’ dan lain-lainnya dengan jaminan kemudahan proses pentadbiran untuk kelulusan dan juga harga tanah yang masih lagi murah.

Di samping itu rombongan juga telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Walikota Pulau Batam (Batam Mayor Office Building) iaitu Bapak Nyak Kadir.. Taklimat telah disampaikan oleh bapak Walikota Pulau Batam sendiri dan sessi soal jawab telah diadakan. YB Dato Wira SUK sendiri telah menyarankan supaya perbincangan lebih lanjut perlu diadakan dalam mendekatkan perhubungan antara Kedah/Pulau Langkawi dengan PulauBatam. Ini boleh diadakan dengan cara penerbangan terus dari Alor Setar/Langkawi dirancang sepertimana yang telah dibuat antara penerbangan dari Alor Setar ke Medan, Indonesia. Dengan cara ini ianya akan lebih mendekatkan lagi talian persaudaraan antara kedua negeri yang sedia terjalin disamping menggalakkan pelancungan yang lebih rancak antara kedua negeri.

Perjalanan feri dari jeti di Waterfront City Singapura ke Jeti Sekupang Pulau Batam mengambil masa kira-kira 1 jam perjalanan.

Pada sebelah petangnya di hotel penginapan iaitu Hotel Meritus Singapura, satu majlis ramah mesra pegawai kanan kerajaan negeri Kedah dengan Pengusaha-pengusaha pelancongan Singapura telah diadakan. Tujuan majlis ‘high tea’ diadakan ini adalah untuk memperkenalkan produk-produk pelancungan negeri Kedah kepada syarikat-syarikat pelancungan tersebut.

Dengan cara ini mereka akan lebih termaklum akan keunikan negeri Kedah dan banyak produk-produk pelancungan dinegeri Kedah yang boleh menarik perhatian pelancongan. Dengan itu mereka akan lebih giat mengatur program-program pelancungan dan lawatan ke negeri Kedah. Lebih kurang 12 syarikat pelancungan Singapura telah hadir dalam majlis ‘high tea’ tersebut dan mereka dihiburkan dengan persembahan kebudayaan Badan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Kedah yang didatangkan khas dari negeri Kedah.

Mengambil kesempatan dari lawatan ini satu perbincangan khas telah diadakan diantara semua yang hadir dengan dipengerusikan oleh YB Dato’ Wira Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah iaitu Dato Wira Ku Nahar b. Ku Ibrahim. Antara agenda yang dibincangkan ialah persiapan lawatan YAB Perdana Menteri Malaysia ke Kedah pada 3.2.2004, perbincangan peranan Pegawai Daerah, peranan group khas pilihanraya umum dalam kalangan Pegawai Tadbir Negeri Kedah, penubuhan pasukan bantuan khas bencana alam dari kalangan Pegawai Tadbir Negeri dan lain-lain perkara am. Banyak dea-idea baru telah diketengahkan dalam perjumpaan tersebut

catatn oleh: RedzA

JAKARTA MEMBERI KEINSAFAN DAN KESEDARAN NIKMAT HIDUP DI MALAYSIA YANG TERCINTA INI

Jakarta : 24.09.2005
Catatan: Mohd Asri Redha

Bermula 20 hingga 24 September 2005 yang lalu sejumlah 30 orang kakitangan Jabatan Tanah Dan Galian Negeri Kedah termasuk penulis telah dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Kedah lawatan sambil belajar ke Jakarta, Puncak dan Bandung Indonesia.

Banyak aktiviti telah diatur dalam memberi kepuasan kepada peserta rombongan. Bermula dengan lawatan dan bermalam di Puncak sambil menikmati udara dingin dan nyaman kerana terletak lebih 1000 meter dari paras laut. Keesokan harinya bertolak ke Bandong sejauh 80 km. Bandar ke 3 terbesar di Indonesia. Sepanjang perjalanan rombonan singgah membeli belah jerok di Cianjur, melawat Gunung Berapi yang masih aktif di Tangkuban Perahu serta membeli belah di factory outlet.

Biasalah tu kalau pergi melawat negeri orang mesti 'shopping'. Ni gambar pergi shopping pakaian jeans di jalanraya Chihampelas, Kota Bandong

Satu perkara yang menarik perhatian ialah setiap kali tiba ke destinasi pelancungan termasuk di hotel ada-ada saja peniaga-peniaga yang membawa barangan cenderamata memujuk pelancung membeli barangan mereka. Kalau kena gayanya boleh dapat harga yang amat murah tetapi ada juga yang terkena. Mereka ini amat agresif dan amat merimaskan ahli rombongan. Walaubagaimanapun tidak dapat dinafikan kesempatan hidup mereka yang purata pendapatan RM5.00 sahaja sehari menyebabkan apa-apa saja yang boleh mendatangkan kewangan mereka sanggup buat bagi menambahkan rezeki mereka.

Berlagak kat satu tempat pelancongan yang dah banyak kali pi. Kalau-kalau sapa-sapa pergi melancong di Jakarta Bandong secara pakej mesti dibawa ke tempat ini.

Jalan rayanya ada yang bertol tetapi kesesakannya amat teruk sekali hampir setiap hari berlaku kesesakan. Taraf jalan tolnya hampir sama dengan jalan R1 di Malaysia. Begitulah keadaannya. Walau bagaimanapun harga minyaknya masih lagi murah berbanding dengan Malaysia dan pada masa ini penduduk sedang menanti dengan kegelisahan tentang ura-ura kerajaan Indonesia yang akan menaikkan harga minyak lebih 30 peratus. Jangkaan masa untuk kesesuatu tempat memang tidak boleh ditentukan kerana faktor kesesakan lalulintas dengan kenderaan yang begitu banyak, baik di Kota Bandung maupun di Kota Jakarta.

Dijalan Cihampelas dalam Kota Raya Bandong terdapat banyak kedai yang menjual pakaian jeans yang terdiri dari berbagai jenama dunia terkenal tetapi tidak pasti samada original atau tidak. Walau bagaimanapun dari segi kualitinya boleh tahan juga.

Hari ke tiga bertolak dari Bandong ke Jakarta. Dalam perjalanan singgah lawatan ke Safari Park iaitu zoo terbuka dimana binatang dibiarkan bebas. Hampir 1500 ekor binatang ditempatkan disini. Pelawat hanya boleh melawat dengan kenderaan atau bas yang tertutup. Ada ketikanya binatang buas seperti harimau dan gajah hampir sangat dengan bas rombongan menyebabkan agak kecut juga. Sepanjang perjalanan tidak kelihatan tanah-tanah yang dibiarkan kosong. Semuanya digunakan sepenuhnya samaada untuk bercucuk tanam atau membina warong dan sebagainya.

Tidak ketinggalan membeli belah di pusat membeli belah ITC Chempaka Emas. 3 jam diberi masa memang tidak cukup kerana kedai-kedainya terlalu banyak dan luas. Harganya memang murah jika pandai tawar-menawar.

Hari ke empat dan kelima rombongan berada di Kota Jakarta yang penuh bersejarah ini. Kota yang mempunyai keluasan 760 km persegi ini dengan penduduk berjumlah lebih 15 juta orang adalah terlalu padat. Dengan infrastrukturnya terutama jalan yang kelam kabut, sempit, kesesakan lalu lintas sepanjang hari memang amat membosankan. Walaupun banyak penghuninya yang miskin dan ada yang tidak berumah tetapi orang kaya juga ramai
DiKota Jakarta ini. Pertambahan kenderaan yang begitu banyak dengan kekurangan infrastruktur jalannya tidak dapat dibayangkan apa akan jadi kota Jakarta ini 10 tahun atau 20 tahun lagi. Menariknya, kurang berlaku kemalangan jalan raya, mungkin kerana kelajuan kenderaan terhad disebabkan kesesakan.

Diserata ceruk dan lorong bersepah warong-warong pinggiran yang meniaga makanan dan apa saja yang boleh dijual seolah-olah sudah tidak terkawal lagi oleh pihak berkuasa. Setiap orang aktif mencari rezeki sehinggakan bahan buangan ditong sampah yang boleh dikitar semula ada orang yang akan ambilnya. Ada bermain muzik ditepi jalanan dan ada yang berniaga jual akhbar dan rokok atau air minuman ditengah-tengah kesibukan jalan raya dikota-kota tersebut. Segalanya rioh rendah dan kadar pencemarannya adalah tinggi disebabkan asap-asap kenderaan dan juga pencemaran sungai-sungai yang begitu teruk sekai.

Antara tempat menarik yang dilawati di Kota Jakarta ini ialah Muzium Lubang Buaya dimana disitu terjadinya peristiwa yang membawa duka kepada bangsa Indonesia dimana 7 orang Jeneral Tentera Nasional Indonesia dicolek dan dibawa ke Lubang Buaya untuk diseksa dan dibunuh oleh orang-orang yang dikatakan Parti Komunis Indonesia. Mayat tersebut disumbatkan kedalam telaga yang muat –muat untuk seorang sahaja sedalam 20 kaki. Yang menjadi tandatanya ialah mengapa Jeneral Suharto tidak dicolek dan dibunuh pada waktu tersebut sedangkan beliau juga adalah salah seorang pemimpin tentera kanan selain 7 yang dibunuh oleh Komunis.

Di Jakarta juga terdapat sebuah taman yang dinamakan Taman Mini Indonesia Indah yang menempatkan pelbagai rumah-rumah tradisional suku kaum yang terdapat diseluruh Indonesia. Melawat ke sini seolah-oleh melawat seluruh kepulauan Indonesia kerana banyak bahan pamiran suku-suku dan puak-puak di Indonesia. Sebuah tempat membeli belah yang terbesar di Kota Jakarta ialah di ITC Mangga Dua. Amat luas dan banyak barang-barang local dan luarnegara disini , tapi banyak yang tiruan. Walau bagaimanapun harga dan kualitinya boleh tahan juga.

Melawat negara orang dan melihat dan menghayati kehidupan negara seperti Indonesia ini fahamlah kita bahawa sesungguhnya kita amat bersyukur dengan nikmat yang tidak terhingga mempunyai sebuah negara seperti Malaysia ini. Segala-galanya amat selesa sekali di Malaysia. Tidak ada kesesakan yang berterusan, tidak ada setinggan yang terlampau, tidak ada kesesakan di ‘Air Port’.

Kemudahan dan keluasan Lapangan Terbang Antara Bangsa Saekarno Hatta di Jakarta amat jauh bedanya dengan KLIA malah jika dibandingkan dengan Lapangan Terbang Subang pun kita masih lagi ke hadapan. ‘ Air Port’nya sempit dan tidak lagi dapat menampung penumpang yang semakin bertambah apatah lagi penduduk Jakarta sahaja melebihi 15 juta orang berbanding Kuala dan sekitarnya lebihkurang 5 juta orang.

Semua peserta rombongan amat berpuas hati dengan lawatan ini dan memberi semangat dan azam baru kepada peserta supaya dapat bekerja dengan lebih tekun dan bertanggungjawab kearah menjadikan Kedah Maju pada tahun 2010. Terima kepada Kerajaan Negeri Kedah yang menaja lawatan sambil belajar ini….
PERTANDINGAN DESA CEMERLANG PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR


9 hb Julai 2001: Alor Setar

Sesuai dengan falsafah dan strategi Pembangunan Luar Bandar yang memberi penekanan kepada pembangunan manusia, institusi sosial dan kemasyarakatan, Kerajaan telah mengadakan programn Pertandingan Desa Cemerlang (PDC) yang mana akan menjadi daya penggerak kepada kemajuan kampung dan penduduk luarbandar melalui penyertaan aktif mereka dalam mewujudkan kampung yang maju, menarik dan menguntungkan. Kegiatan seperti ini akan mempergiatkan lagi amalan gotong royong, kerjasama dan mengujudkan rakyat yang berdaya tahan, kreatif di kalangan masyarakat.

Baru-baru ini Pejabat Daerah Kota Setar telah mengadakan PDC Peringkat Daerah Kota Setar di mana 4 kampong telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Kampong tersebut ialah Kg. Tok Seron Mk Pengkalan Kundur, Kg. Menerong Mukim Jabi, Kg Batu 13 Kg Baru Mukim Gajah Mati dan Kg Aman Mukim Jabi . Panel Hakim Pertandingan Peringkat Daerah yang diketuai oleh en Mohd Asri Redha. Penolong Pegawai Daerah Kota Setar telah membuat lawatan pada 9 Julai 2001 dan 10 Julai 2001. Kg Batu 14 (Kg Baru, Mk Gajah Mati ) telah mendapat tempat pertama dan akan mewakili daerah Kota Setar ke Peringkat Negeri. Pemenang pertandingan peringkat daerah akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM4,000.00 dan juga projek pembangunan bernilai RM16,000.00. Tempat kedua dimenangi oleh Kg Menerong, dan tempat ke tiga dimenangi oleh Kg Tok Seron.

KeSaTuAn DaLaM BeRkAwAt

Alor Setar: 31 Ogos 2002
Catatan : Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman

‘Kerana Mu Malaysia’ ..Itulah tema Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia ke 45. Ianya disambut hebat oleh segenap masyarakat Malaysia. Tidak kurang juga yang tidak mengambil kisah akan Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 45 ini. Mereka ini seperti tidak menghargai langsung akan perjuangan rakyat terdahulu dalam membebaskan negara kita dari belenggu penjajah. Orang seperti ini jika tidak dipandu dan dipimpin ke arah yang betul boleh membawa masalah yang besar kepada negara kerana akan banyak tindakan-tindakannya nanti akan memberi kesan yang boleh menjejaskan kestabilan negara.

Sebagai menyahut Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia ke 45 ini, Pejabat Daerah Kota Setar telah turut terlibat dalam perarakan kawat yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri. Selama hampir 3 minggu sebahagian besar kakitangan Pejabat Daerah Kota Setar telah bertungkus lumus mengadakan latihan kawat. Apa yang penting dalam latihan kawat untuk masuk perarakan adalah bukan semata-mata untuk mendapat kemenangan dalam perbarisan kawat tetapi ianya memberi kesan impak yang boleh menunjukkan sejauh mana tahap kesabaran, kemampuan dan tahap disiplin dikalangan ahli-ahli kawat. Sekiranya tidak ada kesungguhan dikalangan ahli untuk memperbaiki teknik kawat dan mematuhi arahan-arahan jurulatih, sudah pasti pergerakan tidak akan sama dan perbarisan akan nampak canggong dan pelik. Dalam mana-mana bidang untuk mencapai kejayaan cemerlang perkara pokok yang harus ada ialah tahap disiplin yang tinggi yang ditunjukkan semasa latihan , kesabaran yang mencabar keegoan kita dan kebolehterimaan ahli menerima arahan-arahan

Dalam Perbarisan Kawat Hari Kemerdekaan Malaysia ke 45 yang diadakan pada 31 Ogos 2002 di hadapan Dataran Tunku , Alor Setar lebih 160 pasukan telah mengambil bahagian. Bagi kategori Jabatan-Jabatan Kerajaan di mana Pejabat Daerah Kota Setar mengambil bahagian kawat terbaik ialah Pasukan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah. Di sebabkan masalah disiplin yang longgar dikalangan ahli kawat PDKS menyebabkan peluang untuk menduduki 3 tempat teratas telah terlepas lagi . Tahun 2003 akan datang perkara ini perlu diberi perhatian dan latihan yang bersungguh dan disiplin yang tinggi jika diamalkan pasti akan membuahkan hasil yang lumayan.

DIBAWAH BAYU BANYAK KEINDAHAN DAN KEMESRAAN

TINGGI SUNGGUH GUNUNG KINABALU
ALAM SEKITARNYA SUNGGUH NYAMAN
DARI DARUL AMAN KE NEGERI DI BAWAH BAYU
BANYAK BERJALAN BANYAK PENGALAMAN.

Kota Kinabalu : 23 Ogos 2002

Dalam usaha meningkatkan lagi integrasi nasional antara negeri Kedah Darul Aman khususnya Pejabat Daerah Kota Setar dengan Negeri Sabah Negeri Di Bawah Bayu lawatan-lawatan yang berterusan perlu diadakan. Berasaskan hakikat inilah maka Pejabat Daerah Kota Setar telah berusaha merealisasikan hasrat untuk membuat lawatan ke negeri Sabah. Dengan perbelanjaan sendiri yang dikumpulkan dikalangan kakitangan akhirnya seramai 26 orang telah berjaya membuat lawatan ke Sabah bermula dari 19 Ogos 2002 hingga 23 Ogos 2002.

Sepanjang masa lawatan ke Sabah , rombongan dari Pejabat Daerah Kota Setar ini telah disambut dengan begitu mesra sekali oleh pemimpin dan penduduk tempatan disetiap tempat yang dilawati. Kerajaan negeri Sabah telah memberikan kemudahan yang tidak dijangka sama sekali hingga menjadikan lawatan yang diator ini menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh ahli rombongan. Dengan diketuai oleh Dato Hj Hassan b. Taib Pegawai Daerah Kota Setar , rombongan ini telah membuat lawatan dan kunjungan hormat kebeberapa kementerian dan pembesar-pembesar negeri Sabah. Antara tempat-tempat yang dilawati ialah ke Kementerian Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah di mana rombongan telah diberi taklimat mengenai usaha-usaha pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sabah. Rombongan juga telah dibawa melawat bahagian Papar di mana ahli rombongan telah disambut dengan begitu mesra oleh Pembantu Khas kepada YAB Ketua Menteri Sabah iaitu YB Datuk Hj. Abdul Rahim Ismail yang juga ADUN Pantai Manis dan juga pemimpin-pemimpin masyarakat bahagian Papar.

Mengambil kesempatan dari lawatan ke Sabah ini , rombongan juga telah melanjutkan lawatan ke Pulau Labuan dengan menaiki feri selama lebih kurang 2 jam 30 minit dari Kota Kinabalu. Di Pulau ini Pihak Lembaga Perbadanan Labuanmbangunan Pulau Labuan telah menyambut kedatangan rombongan dan memberikan taklimat pembangunan Pulau Labuan yang terkenal dengan Pulau Bebas Cukai dan Pusat Kewangan Pesisiran Pantai. Di pulau ini juga YB Dato’ Hj Suhaili b Abd. Rahman, Ahli Parlimen Labuan telah sudi menerima kedatangan ahli rombongan dan sudi memberi jamuan tengahari di sebuah hotel terkemuka di situ. Aktiviti lain yang diadakan di sini ialah membeli belah.

Sepanjang masa lawatan rombongan ini Jabatan Ketua Menteri Sabah sentiasa memberi bantuan dan kerjasama yang sebaik mungkin dan rombongan juga telah berpeluang beramah mesra dengan pemimpin-pemimpin negeri Sabah seperti YB. Dato Paduka Haji Lajim bin Haji Ukim Timbalan Ketua Menteri Sabah , Dato’ Misrani Parman Pembantu Menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, yang begitu banyak memberi bantuan dan kemudahan seperti penginapan dan jamuan kepada semua ahli rombongan yang terlibat. Tidak ketinggalan walaupun tidak dapat hadir dalam majlis jamuan makan yang diatur, pembesar-pembesar negeri seperti YAB Datuk Chong Kah Kiat- Ketua Menteri Sabah, YB Dato’ Kasitah Ghadam- Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Malaysia, Dato Shafie Afdhal.-Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia , dan juga YB. Datuk Musa Hj Aman. Menteri Kewangan Sabah, YB Datuk Panglima Mohd Salleh b. Tun Mohd Said- Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan Sabah dan Dewan Perniagaan Melayu Sabah yang telah sudi memberi jamuan makan malam dan tengahari ditempat yang begitu eksklusif sekali dan dengan menghantar pembantu kanan mereka untuk meraikan ahli rombongan.

Tempat-tempat menarik lain yang dilawati ialah ke Kundasang dan Ranau jauhnya kira-kiranya 2 jam perjalanan dengan kenderaan biasa, di mana terletaknya Gunung Kinabalu yang menjadi cabaran kepada pendaki-pendaki gunung. Rombongan hanya sempat meninjau dan menikmati keindahan flora dan fauna di sekitar kaki Gunung Kinabalu. Terasa begitu kerdilnya kita ini bila melihat Gunung Kinabalu yang begitu besar tersergam indah dan tinggi puncaknya yang diselaputi awan tebal. Teringat betapa besarnya kekuasaan Tuhan yang sentiasa boleh menjadikan sesuatu dengan kehendaknya.

Dalam perjalanan pulang ahli rombongan telah singgah di Hotel 1926 Pulau Pinang untuk makan malam bersama YB Dato’ Dr. Helmi Yahya, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan dalam majlis tersebut juga YB Dr. Helmi telah menyampaikan ucapan yang berkisar kepada senario sebenar kedudukan orang Melayu Pulau Pinang dan usaha-usaha yang sedang dan akan dibuat bagi membantu orang-orang Melayu Pulau Pinang supaya mereka dapat sama-sama mengambil manafaat dari pembangunan yang sedang pesat berlaku dan bagi memastikan mereka tidak ketinggalan.

Sememangnya tidak ada lagi garis pemisah antara Semenanjung dengan Sabah/Sarawak . Berdasarkan kepada layanan dan sambutan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sabah kepada ahli rombongan walaupun dari hanya sebuah Pejabat Daerah Kota Setar tetapi tetap dilayan seperti layanan kelas pertama, tidak dapat dinafikan lagi bahawa integrasi nasional sememangnya ujud amat erat sekali. Ikatan tali persaudaraan dijalin dan dipereratkan. Banyak pengalaman dan pengetahuan berguna diperolehi sepanjang masa lawatan ini dan ini boleh dijadikan panduan yang boleh digunakan oleh ahli rombongan dalam memajukan negeri Kedah Darul Aman ke arah Kedah Maju 2010.



CATATAN: rEDZA

ANAK HARIMAU TUNJUK BELANG DALAM SUKDA KE 5



UUM Sintok : 2 Jun 2003 :
Pada SUKDA V tahun 2003 pencapaian atlet SUKDA daerah Yan amat membanggakan sekali di mana daerah Yan telah mendapat 12 pingat emas, 19 pingat perak dan 13 pingat gangsa. Antara acara sukan yang memberikan banyak pingat emas kepada atlet daerah Yan ialah acara sukan Pingpong dan Sukan Memanah . Keputusan ini telah melonjakkan kedudukan daerah Yan kepada kedudukan nombor 5 . Seorang atlit dari Pasukan Pingpong SUKDA Yan iaitu Mohd Herurizal b. Yahya telah dipilih sebagai atlet lelaki terbaik SUKDA V. Ini juga merupakan satu kejayaan besar kepada kontinjen daerah Yan yang julung-julung kalinya melahirkan seorang atlet lelaki terbaik dalam SUKDA.

KDYMM Tuanku Sultan Kedah sedang bertitah menyampaikan kata-kata semangat kepada pasukan dari Daerah Yan
Benarlah seperti kata Tuan Ketua Penolong Pegawai Daerah Yan (Pembangunan) bahawa pencapaian yang memberangsangkan ini adalah hasil usaha pemikiran kreatif tuan Pegawai Daerah Yan Tuan Haji Bashirudin b. Hj. Abd. Jamil yang telah memberikan sepenuh perhatian kepada usaha-usaha persiapan ahli kontinjen dari daerah Yan ini dan juga turun sendiri ke padang. Beliau juga telah memperkenalkan Rakan Sukan SUKDA Yan pada setiap acara sukan yang dipertandingkan dalam SUKDA ke 5 ini.

Penulis ergambar beramai-ramai dengan pasukan Daerah Yan
Dalam ucapan penyerahan bendera yang diadakan pada 25.5.03 di Dewan Dato Madi Yan. Ketua Kontinjen iaitu en. Mohd Asri Redha telah menyatakan bahawa kejayaan sesuatu atlet atau pasukan itu bergantung kepada kekuatan fizikal, kekuatan mental dan otak yang bergeliga yang tangkas mengambil peluang diatas kecuaian pihak lawan. Hasil gabungan ini telah membuktikan bahawa daerah Yan tidak ketandusan atlet yang boleh diketengahkan keperingkat negeri dan seterusnya ke peringkat nasional. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam meningkatkan martabat daerah Yan ini dalam bidang sukan.

TERJALIN KEMESRAAN, MENCABAR KETABAHAN DAN KESABARAN , TERPANCAR KEKUATAN, DAN KREATIVITI SERTA PROAKTIF TERHASIL

Bandar Baharu : 15.03.2003

Kehidupan manusia setiap hari dengan bekerja, bekerja dan bekerja kadang-kadang membosankan dan seringkali menimbulkan ketegangan dan tekanan dalam diri setiap individu. Sekiranya ini berlaku maka lambat laun produktiviti jabatan akan menurun tanpa disedari. Menyedari hakikat inilah suatu program telah dirangka oleh Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Bandar Baharu yang dinamakan program XPDC Mesra 2 – Kembara Permatang Kerat Telunjuk.

Program ini telah disusun sebegitu rupa yang merangkumi program berjalan kaki mendaki Bukit Pisang dan Bukit 80 relong yang jaraknya lebih kurang 3 KM hingga ke puncaknya. Di samping itu setiap kakitangan yang berjumlah lebih kurang 50 orang telah dipecahkan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan diketuai seorang ketua kumpulan.

Tugasan telah diberikan oleh urusetia kepada setiap peserta untuk diselesaikan oleh mereka semasa dalam perjalanan ke puncak bukit tersebut. Tugasan yang diberi ini mencabar daya keintelekan dan daya kreativiti setiap peserta dan terpaksa bersatu hati dan pendapat untuk mendapat jawapan yang memuaskan.

Amat menakjubkan sekali semua peserta telah berjaya sampai ke puncak dengan selamat dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang disusun oleh urusetia.

Puncak Bukit 80 Relong adalah suatu tempat yang begitu nyaman dengan deruan anginnya yang dingin membalut setiap kulit peserta membikin suasana yang begitu selisa kepada setiap peserta ditambah dengan pemandangan cantik dari atas bukit dengan keaslian flora dan faunanya. Ini mengajar peserta erti keindahan alam semulajadi dan wajar dikekalkan suasana seperti itu sampai bila-bila.

Hasil jawapan dari tugasan yang diberi telah dibentang dan diperdebatkan oleh semua ahli dan para fasilitator dan pada akhirnya Tuan Haji Hashim Ismail, Pegawai Daerah Bandar Baharu telah memberi kesimpulan dari perdebatan itu dan juga matlamat mengadakan program ini. Beliau memaklumkan bahawa kursus berbentuk kembara seperti ini amat berkesan dalam merangsang setiap peserta kearah berfikiran fositif , yakin tentang kemampuan diri dan yakin kita boleh, menyihatkan badan, menjalin semangat kerjasama antara sesama kakitangan dan juga meningkatkan rasa kasih sayang antara satu sama lain. Semuanya ini akan memberi kesan yang amat positif kepada diri sendiri, keluarga dan seterusnya ditempat kerja. Sebab itulah kata beliau lagi usaha-usaha meningkatkan produktiviti jabatan tidak semestinya hanya kepada kecanggihan peralatan yang ada tetapi juga kepada diri individu itu sendiri. Kalau ia berfikiran positif dan berani menerima cabaran, setiap apa sahaja dugaan pasti sanggup diharungi dan ditempuhi.

NELAYAN DAERAH KECIL JERLUN TERIMA BANTUAN EHSAN BENCANA OMBAK BESAR ‘TSUNAMI’.

Ayer Hitam, Jerlun: 20.Januari 2005
Catatan : Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman

Malapetaka adalah sesuatu yang tidak diminta. Namun begitu kuasa Tuhan mengatasi segala-galanya. Siapa sangka dalam suasana aman damai tanpa khabar dan petanda tiba-tiba sahaja dunia digemparkan dengan landaan ombak besar yang dikenali sebagai ‘tsunami’ dimana banyak negara terlibat seperti Indonesia, Sri Lanka, India, Myanmar, Thailand dan tidak ketinggalan di Malaysia sendiri.

Bencana ombak besar ‘tsunami’ ini telah mengakibatkan banyak kerosakan harta benda dan nyawa manusia. Di Malaysia sendiri mangsa-mangsa yang terlibat dengan bencana ini telah diberi bantuan sewajarnya bagi mengurangkan penderitaan mereka yang terlibat. Keprihatinan kerajaan dan rakyat jelata Malaysia memang membanggakan. Penderitaan mereka turut dirasai oleh semua rakyat yang terlibat. Bantuan mencurah-curah datang untuk membantu mereka yang terlibat,

Di Daerah Kecil Jerlun sendiri terdapat lebih 200 mangsa-mangsa yang terlibat dengan bencana ombak besar tsunami ini di 4 kuala utama iaitu Kuala Kerpan, Kuala Tunjang, Kuala Jerlun dan Kuala Sanglang. Kerajaan telah bersetuju untuk memberi bantuan kepada nelayan-nelayan yang mengalami kerosakan bot kecil dan bot besar serta juga awak-awak yang bekerja dibot yang rosak.

Majlis penyampaian bantuan tersebut diperingkat daerah Kubang Pasu telah diadakan pada 20 Januari 2005 di Pejabat Daerah Kecil Jerlun. Penyampaian bantuan tersebut disempurnakan oleh Pegawai Daerah Kubang Pasu iaitu Dato’ Abdul Mukthi b. Abdullah bersama-sama dengan lain-lain ketua jabatan negeri dan daerah yang hadir. Semua orang kenamaan daerah termasuk Yang Berhomat Kawasan telah dijemput hadir untuk sama-sama menyampaikan bantuan tersebut.

Dalam ucapan aluannya, Dato’ Abdul Mukthi telah meminta supaya wang yang diterima ini hendaklah dibelanjakan dengan sebaik mungkin terutama dalam membaiki bot-bot yang rosak atau untuk membeli peralatan menangkap ikan. Jika tidak pun ianya diguna untuk membeli barang-barang keperluan dapor atau persekolahan anak-anak kerana itulah yang lebih penting. Disamping itu beliau mengingatkan juga supaya jasa kerajaan hendaklah dihargai kerana kestabilan negara pada hari inilah yang membolehkan kerajaan mampu membayar bantuan ehsan ini kepada semua mangsa yang terlibat berbanding dengan negara-negara lain yang sama-sama dilanda musibah ini.

Hampir RM200,000.00 telah diberikan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dan masih ada lagi yang memohon bantuan tersebut disebabkan ketinggalan pada pembahagian peringkat pertama ini. Perkara ini akan disiasat semula oleh Jabatan Perikanan bagi memastikan mereka benar-benar layak untuk menerimanya.

PENDEKATAN MESRA RAKYAT MELALUI MESYUARAT PENYELARAS MUKIM

Kerpan: 12 Mei 2005
Catatan oleh: Mohd Asri Redha.

Komunikasi dua hala antara rakyat dan jabatan-jabatan kerajaan adalah amat perlu dalam memastikan rakyat mendapat pembelaan sewajarnya dan jabatan pula dapat memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat. Pendekatan yang sesuai untuk tujuan tersebut dalam konteks pentadbiran daerah ialah melalui Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Mukim.

Inilah yang dilakukan oleh Pejabat Daerah Kubang Pasu dan Pejabat Daerah Kecil Jerlun dimana pada 12 Mei 2005, Pegawai Daerah Kubang Pasu Dato’ Hj Hashim Ahmad, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Daerah Kecil Jerlun Hj Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman, Penghulu Mukim Jerlun dan Sanglang telah turun ke padang untuk bertemu JKKK melalui Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Mukim Jerlun dan Sanglang yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam.

Melalui mesyuarat seperti ini dasar-dasar kerajaan dapat disampaikan secara langsung kepada pemimpin diperingkat akar umbi, manakala pemimpin JKKK pula dapat mengemukakan pandangan, pendapat serta permohonan kepada jabatan-jabatan kerajaan untuk penilaian dan pertimbangan.

Dalam ucapan aluan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Daerah Kecil Jerlun telah memberikan maklumat-maklumat penting berkenaan JKKK serta peranan yang harus dimainkan dengan lebih berkesan supaya tidak hanya berbincang berkenaan keperluan projek infrastruktur semata-mata. Beliau juga mengambil kesempatan menerangkan akan peranan Pejabat Daerah Kecil Jerlun ini dalam konteks pentadbiran Daerah Kubang Pasu dan Kerajaan Negeri Kedah. Ini penting supaya penduduk termaklum akan peranan PDK Jerlun ini dan mengambil peluang dan kesempatan sepenuhnya atas kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan ini.

Dato’ Hj.Hashim Ahmad telah menggariskan 4 program besar yang menjadi keutamaannya untuk dilaksanakan dalam memperkasakan masyarakat luarbandar khususnya kaum bumiputera dalam daerah Kubang Pasu ini. Program tersebut ialah membangunkan kemahiran masyarakat desa, memperkemaskan atau membangunkan organisasi-organisasi/institusi-institusi masyarakat yang ada dalam daerah Kubang Pasu, mengujudkan peluang-peluang pekerjaan melalui pembangunan industri kecil dikampong-kampong dan penjaja-penjaja kecil dan yang akhirnya melalui pembangunan wanita samada keusahawanan, kemahiran dan sebagainya. Inilah pendekatannya yang pandangan beliau jika penduduk memberi perhatian dan komitmen yang jitu , bangsa melayu dapat dimartabatkan kepada kedudukan yang lebih tinggi samaada dalam bidang ekonomi atau sosial. Program yang akan dilaksanakan ini telah mendapat sokongan agensi-agensi kerajaan seperti institusi-insitusi kemahiran tempatan dan juga pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan seperti Yayasan Sultanah Bahiyah dan sebagainya.

Pada akhir sessi mesyuarat tersebut telah diadakan majlis dialog antara Pengerusi/Setiausaha JKKK dimana banyaklah perkara-perkara yang dibangkitkan untuk diambil perhatian dan tindakan pihak kerajaan. Antara isu-isu yang dibangkitkan ialah keperluan kemudahan infrastruktur awam, gejala-gejala sosial, pembangunan ekonomi, dan juga isu-isu keselamatan. Semua isu-isu yang dibangkitkan ini telah direkod dan akan dikemukakan kepada pihak-pihak yang berkaitan untuk penelitian dan pertimbangan sewajarnya.

GDW MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA AGENSI KERAJAAN, SWASTA DAN RAKYAT

GERAKAN DAYA WAWASAN MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA AGENSI KERAJAAN, SWASTA DAN RAKYAT

14.04.05 : Kampung Teluk Tui, Mukim Jerlun

Tanggal 13 dan 14hb April 2005 yang lalu, ia merupakan hari yang amat bermakna bagi seluruh penduduk kampung Teluk Tui, Mukim Jerlun kerana pada tarikh tersebut telah berlangsung upacara perasmian Program Mesra GDW (Gerakan Daya Wawasan) di kampung mereka. Program ini telah dianjurkan bersama oleh Pejabat Daerah Kubang Pasu, KEMAS serta GDW Kampung Teluk Tui.

Program GDW (Gerakan Daya Wawasan) yang mana dahulu dikenali sebagai Gerakan Desa Wawasan adalah program yang dirangka khusus untuk pembangunan insan sesebuah kampung berdasarkan Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Program yang boleh dianggap sebagai ‘Program 2 dalam 1’ ini, selain dari dapat mengeratkan hubungan diantara agensi kerajaan, swasta, pemimpin dan rakyat, contohnya seperti melalui aktiviti gotong- royong dan program anak angkat, ia juga mampu untuk memberi peluang kepada belia- beliawanis berinteraksi antara satu sama lain dan saling bertukar ilmu pengetahuan, serta memberi peluang kepada belia- beliawanis yang bakal menjadi seorang pemimpin tentang realiti kehidupan masyarakat desa.

Pengisian program- program yang diaturkan telah menarik minat semua agensi kerajaan dan swasta untuk ‘turun padang’ mengadakan pamiran serta memberi perkhidmatan dengan mendekati rakyat dengan lebih berkesan.

Kesempatan ini juga telah diambil oleh Pejabat Daerah Kecil Jerlun untuk bersama- sama ‘turun padang’ bagi memeriahkan lagi program ini dengan cara memberikan khidmat nasihat berkenaan hal- hal urusan tanah dan pembangunan.

Sempena majlis tersebut, pelbagai acara yang melibatkan penyertaan penduduk kampong turut diadakan, selain dari pameran dan jualan, pertandingan memasak dan gubahan diantara kampung- kampung GDW turut diadakan. Tidak ketinggalan juga pertandingan melukis yang diadakan untuk kanak- kanak. Majlis ini diserikan lagi dengan acara pertandingan memasak dikalangan pemimpin dan ia mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dikalangan mereka dalam usaha untuk mempamerkan kepakaran masing- masing.

Turut diselitkan dalam program ini ialah ceramah keselamatan, ceramah motivasi dan ceramah agama yang disampaikan oleh tokoh- tokoh yang diundang khas.

Program tersebut yang berlangsung dalam suasana penuh meriah telah disempurnakan perasmiannya oleh ADUN Ayer Hitam, Y.B. Othman bin Aziz. Turut hadir dalam majlis ini juga ialah Yang Berbahagia Tuan Haji Hashim bin Ahmad selaku Pegawai Daerah Kubang Pasu, Encik Mohd Asri Redha bin Abdul Rahman, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Daerah kecil Jerlun, Encik Noordin bin Wahab, Timbalan Pengarah KEMAS, Penghulu Mukim Jerlun dan lain- lain para tetamu jemputan.

Dalam ucapan perasmian tersebut, Y.B Othman telah menyatakan perasaan bangganya dengan kerjasama yang telah dipamerkan oleh penduduk- penduduk kampung tersebut kerana telah berjaya bekerjasama untuk menganjurkan suatu program yang amat bermakna. Selain itu, beliau juga turut menekankan betapa pentingnya asas perpaduan dikalangan penduduk- penduduk disamping mengesyorkan agar produk- produk kampung yang dikeluarkan secara kecil- kecilan dapat dikomersialkan dengan lebih meluas lagi seperti perusahaan belacan, kuih- muih tradisional dan lain- lain.




LSB MDKP MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN KREATIVITI – MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

01 Jun 2005: Melaka
Catatan oleh: Mohd Asri Redha-KPSU (P) DK Jerlun

Dalam mana-mana organisasi pendekatan kearah memperkasakan pentadbiran sesebuah organisasi memerlukan perubahan dari segi pemikiran, dan pengurusan. Untuk mendapatkan idea-idea baru kearah tersebut memerlukan individu pada setiap tahap pengurusan sesuatu organisasi melihat organisasi yang berada diluar. Untuk itu lawatan sambil belajar adalah satu cara bagaimana setiap orang dapat melihat kemajuan dan kelebihan-kelebihan yang ada pada sesuatu organisasi yang dilawati dan dapat dijadikan panduan dan pengajaran ke arah memperkasakan sesuatu organisasi.

Anggota rombongan bergambar beramai-ramai bersama-sama YAB Ketua Menteri Melaka di Jabatan Ketua Menteri Melaka.

Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) telah melakukan lawatan sambil belajar ke Majlis Bandaraya Melaka Bandaraya Bersejarah bermula 1 Jun 2005 hingga 3 Jun 2005. Rombongan diketuai oleh Dato’ Hj Hashim Ahmad YDP MDKP manakala ahli-ahli rombongan terdiri dari ahli-ahli MDKP dan ketua-ketua bahagian dan unit MDKP. Mengambil kesempatan lawatan ini juga diadakan Mesyuarat Majlis Penuh MDKP di Melaka Renaissance Hotel.


Rombongan merasa amat bertuah kerana semasa berada di Melaka telah dikunjungi YAB Dato’ Seri Ali Rustam Ketua Menteri Melaka di hotel penginapan. Dalam ucapan aluan Dato’ Hj Hashim Ahmad, YDP MDKP telah melahirkan rasa gembira yang amat sangat diatas kehadiran YAB Ketua Menteri yang sanggup meluangkan sedikit masanya yang begitu padat untuk bertemu dengan rombongan dari MDKP. Peluang yang amat berharga ini digunakan sepenuhnya oleh semua ahli rombongan untuk bertukar-tukar pandangan dan mendapatkan penjelasan secara terus dari YAB Dato’ Seri Ali Rustam mengenai pembangunan di Melaka.

Penulis bersama YAB Ketua Menteri Melaka Dato' Seri Ali Rustam di sebuah cafe hotel penginapan.


Antara yang menjadi perhatian ialah bagaimana Melaka boleh menjadi begitu maju dan terkenal dikalangan pelancung-pelancung dalam dan luar-negara yang datang melawat Melaka. . Beliau memberi kunci utama kejayaan Melaka menarik pelancung ialah ‘kebersihan dan kecantikan’ selain tarikan tempat-tempat bersejarah yang memang terkenal diseluruh dunia. Aspek penjaja-penjaja kecil menjadi tumpuan kerajaan dengan penggredan premis makanan, melesenkan penjaja-penjaja dengan tidak membebankan penjaja. Disamping itu Kerajaan Negeri juga telah meminda beberapa peraturan dalam undang-undang dan enakmen tanah negeri berkenaan tukar syarat dan ubah jenis tanah dengan cara membenarkan bengkel-bengkel/gerai perniagaan diatas tanah syarat pertanian bagi keluasan yang kurang 1 ekar dengan saiz yang minimun yang ditetapkan disamping syarat-syarat lain seperti bengkel/gerai hendaklah terletak disebelah longkang jalan. Pendekatan ini memudahkan orang berniaga dan pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri boleh mengeluarkan lesen. Ini secara tidak langsung meningkatkan hasil kerajan negeri dan kawalan boleh dibuat dengan sempurna.

Penguatkuasaan amat ditekankan jika hendak maju dan sebagai kesan dari tindakan penguatkuasaan kerajaan negeri Melaka telah menubuhkan ‘Mahkamah Bandaraya’ yang ternyata memberi kesan yang amat positif kepada kerajaan tempatan/negeri kerana kes-kes kesalahan dibawah undang-undang kecil kerajaan tempatan dapat dibicarakan dengan cepat dan berkesan. Inilah beberapa perkara yang dirasakan sesuai untuk dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Kedah bagi memudahkan pengurusan dan secara tidak langsung akan meningkatkan lagi hasil kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. Beliau juga sentiasa menggalakkan anggota kerajaan membuat lawatan kemana-mana destinasi dalam dan luar negara dan organisasi yang boleh memberi ilham dan idea kreatif bagi meningkatkan lagi pengurusan dan pentadbiran kerajaan negeri melalui organisasi masing-masing

Dalam lawatan ke Majlis Bandaraya Melaka Bandaraya Bersejarah(MBMBB), ahli rombongan telah diberikan taklimat pembangunan dan pengurusan MBMBB oleh Datuk Bandar sendiri iaitu Datuk Zaini. Antara isu-isu menarik yang menjadi perhatian ialah berkenaan pengurusan penjaja kecil yang berselerak disepanjang jalan-jalan utama, pengurusan kewangan , tugas dan peranan ahli majlis dan sumber-sumber kewangan baru. Bagi tujuan mencari sumber kewangan yang baru MBMBB telah melaksanakan syarat wajib semua pemilik bangunan yang diluluskan C.F memiliki salinan sijil kelayakan tersebut yang dikenakan bayaran tertentu. Begitu juga kolam renangnya dipertingkatkan perkhidmatan dan dikenakan bayaran yang lebih tinggi. Tempat letak motosikal disediakan ruang untuk kunci motosikal dan dikenakan bayaran kepada pemilik. Dengan ini kadar kecurian motosikal dapat dikurangkan dan pada masa yang sama Majlis Bandaraya dapat hasil dari pengswastaan tempat simpan motosikal berkunci tersebut dan dapat mengelakkan kutipan bayaran haram oleh individu-individu yang mengambil kesempatan. Dato’ Bandar juga telah memberi penerangan mengenai pengurusan ‘sistem aduan awam’ yang diamalkan, pengurusan gerai/kedai majlis dimana setiap urusan operasi dipastikan Majlis tetap menerima pulangan sekurang-kurangnya 10% samaada tempat itu disewa atau diswastakan. Satu perkara yang menarik ialah setiap tahun MBMBB menyumbangkan lebih RM2,000,000.00 kepada kerajaan negeri untuk tujuan pelancungan dan tabung pendidikan.

Selepas taklimat ahli rombongan dibawa melawat ke pusat-pusat penjaja dan kedai-kedai yang dibawah pengurusan MBMBB disekitar Bandar Melaka. Banyak manafat yang diperolehi hasil dari lawatan tersebut yang boleh dibawa balik untuk dijadikan panduan dan pedoman.

Dalam perjalanan pulang rombongan telah singgah di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putra Jaya dan diraikan oleh YB. Dato’ Johari Baharum, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu

PENDEKATAN MESRA RAKYAT MELALUI MESYUARAT PENYELARAS MUKIM

Kerpan: 12 Mei 2005
Catatan oleh: Mohd Asri Redha.

Komunikasi dua hala antara rakyat dan jabatan-jabatan kerajaan adalah amat perlu dalam memastikan rakyat mendapat pembelaan sewajarnya dan jabatan pula dapat memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat. Pendekatan yang sesuai untuk tujuan tersebut dalam konteks pentadbiran daerah ialah melalui Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Mukim.

Inilah yang dilakukan oleh Pejabat Daerah Kubang Pasu dan Pejabat Daerah Kecil Jerlun dimana pada 12 Mei 2005, Pegawai Daerah Kubang Pasu Dato’ Hj Hashim Ahmad, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Daerah Kecil Jerlun Hj Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman, Penghulu Mukim Jerlun dan Sanglang telah turun ke padang untuk bertemu JKKK melalui Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Mukim Jerlun dan Sanglang yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam.

Melalui mesyuarat seperti ini dasar-dasar kerajaan dapat disampaikan secara langsung kepada pemimpin diperingkat akar umbi, manakala pemimpin JKKK pula dapat mengemukakan pandangan, pendapat serta permohonan kepada jabatan-jabatan kerajaan untuk penilaian dan pertimbangan.

Dalam ucapan aluan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Daerah Kecil Jerlun telah memberikan maklumat-maklumat penting berkenaan JKKK serta peranan yang harus dimainkan dengan lebih berkesan supaya tidak hanya berbincang berkenaan keperluan projek infrastruktur semata-mata. Beliau juga mengambil kesempatan menerangkan akan peranan Pejabat Daerah Kecil Jerlun ini dalam konteks pentadbiran Daerah Kubang Pasu dan Kerajaan Negeri Kedah. Ini penting supaya penduduk termaklum akan peranan PDK Jerlun ini dan mengambil peluang dan kesempatan sepenuhnya atas kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan ini.

Dato’ Hj.Hashim Ahmad telah menggariskan 4 program besar yang menjadi keutamaannya untuk dilaksanakan dalam memperkasakan masyarakat luarbandar khususnya kaum bumiputera dalam daerah Kubang Pasu ini. Program tersebut ialah membangunkan kemahiran masyarakat desa, memperkemaskan atau membangunkan organisasi-organisasi/institusi-institusi masyarakat yang ada dalam daerah Kubang Pasu, mengujudkan peluang-peluang pekerjaan melalui pembangunan industri kecil dikampong-kampong dan penjaja-penjaja kecil dan yang akhirnya melalui pembangunan wanita samada keusahawanan, kemahiran dan sebagainya. Inilah pendekatannya yang pandangan beliau jika penduduk memberi perhatian dan komitmen yang jitu , bangsa melayu dapat dimartabatkan kepada kedudukan yang lebih tinggi samaada dalam bidang ekonomi atau sosial. Program yang akan dilaksanakan ini telah mendapat sokongan agensi-agensi kerajaan seperti institusi-insitusi kemahiran tempatan dan juga pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan seperti Yayasan Sultanah Bahiyah dan sebagainya.

Pada akhir sessi mesyuarat tersebut telah diadakan majlis dialog antara Pengerusi/Setiausaha JKKK dimana banyaklah perkara-perkara yang dibangkitkan untuk diambil perhatian dan tindakan pihak kerajaan. Antara isu-isu yang dibangkitkan ialah keperluan kemudahan infrastruktur awam, gejala-gejala sosial, pembangunan ekonomi, dan juga isu-isu keselamatan. Semua isu-isu yang dibangkitkan ini telah direkod dan akan dikemukakan kepada pihak-pihak yang berkaitan untuk penelitian dan pertimbangan sewajarnya.





PENDEDAHAN SUASANA KEHIDUPAN DI DESA MENGINSAFKAN PESERTA PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA

28 Mac 2005: Jerlun
Catatan oleh: Mohd Asri Redha


Pengajaran dan pembelajaran tidak sahaja diperolehi di bilik-bilik kelas atau bilik kuliah semata-mata. Banyak cara kita boleh menimba ilmu dan pengalaman. Ilmu dan pengalaman yang diperolehi jika benar-benar dihayati boleh menginsafkan manusia itu sendiri.

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah program sosial negara yang terbesar dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha untuk membina ketahanan diri muda-mudi rakyat Malaysia dalam segala aspek dan menimbulkan semangat jati diri serta ketaatan kepada negara yang tercinta. Salah satu modiul khusus program ini ialah Program Khidmat Komuniti dimana peserta-peserta PLKN didedahkan dengan program-program kemasyarakatan dikawasan-kawasan luarbandar khususnya.

Pejabat Daerah Kecil Jerlun sendiri telah diberi peluang oleh Kerajaan untuk menjadi tuan-rumah menerima peserta-peserta PLKN yang berjumlah 440 orang dari kem Gardenia Mk. Hosba dan Kem D’Jelapang Mk. Malau. Banyak program telah disusun untuk peserta-peserta dalam usaha memberikan suatu pendedahan yang agak berlainan dari kursus yang mereka ikut di kem-kem latihan. Program-program tersebut telah diadakan pada 21.2.2005, 27.2.2005 dan 28.2.2005 dan diadakan disemua mukim dalam daerah kecil Jerlun. Antara-antara aktiviti yang diatur ialah lawatan ketempat-tempat bersejarah di Kg. Lindungan Bulan Kota SiPuteh, lawatan ke projek-projek ekonomi, gotong royong mengecat rumah ibadat dan dewan, gotong royong membersihkan kawasan awam, membuat bancian am penduduk serta gotong royong membuat bubur asyura disamping khenduri cara kampong. YB Othman Aziz ADUN Air Hitam turut memberi sumbangan membeli bahan rencah untuk memasak bubur asyura.

Didalam ucapan perasmian projek khidmat komuniti PLKN ini Tuan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Daerah Kecil Jerlun telah mengalu-alukan kehadiran para peserta PLKN ini yang mana ada sebahagiannya dibesarkan dalam suasana di pekan dan bandar. Pendedahan kehidupan di desa-desa akan membolehkan mereka mempelajari suasana kehidupan di kampong-kampong yang agak kurang kemudahan-kemudahan berbanding dengan kehidupan di bandar tetapi suasana yang lebih nyaman, tenang dengan keramahan dan kemesraan penduduk tempatannya. Penglibatan penduduk kampong dalam setiap aktiviti yang disusun membolehkan semua peserta berinteraksi dengan penduduk kampong. Beliau menggesa pengalaman yang diperolehi sepanjang mengikuti program ini dapat dijadikan sebagai satu pengajaran dan memberi keinsafan kepada mereka bahawa masih banyak lagi kekurangan-kekurangan yang terdapat diluarbandar dan sekiranya apabila peserta-peserta ini berjaya dalam pelajaran dan menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan atau swasta maka tengok-tengoklah sama apa-apa program yang boleh membantu meningkatkan kesejahteraan masyarakat kampong.

BEIJING, CHINA.. PUSAT TAMADUN BANGSA DAN SYURGA MEMBELI BELAH

Beijing, Cina; 06 Disember 2004


Kejayaan merealisasikan hasrat kerajaan Negeri Kedah untuk mengujudkan 3 daerah kecil di negeri Kedah menyebabkan Kerajaan Negeri Kedah telah menganugerahkan pakej lawatan kerja ke luar negara kepada semua kakitangan ketiga-tiga pejabat daerah tersebut. Memandangkan beberapa masalah tempahan penerbangan dan kos yang agak tinggi, cadangan awal lawatan ke Jakarta dan Bali Indonesia terpaksa ditukarkan kepada lawatan ke Beijing, Negara China.


Lawatan ini bermula 29 Nov. 2004 hingga 06 Dis. 2004. Seramai 7 orang kakitangan telah terlibat dalam lawatan ini. Di samping itu lawatan ini disertai bersama oleh beberapa rakan dan keluarga kakitangan bagi meramaikan lagi rombongan untuk memudahkan pakej lawatan diatur dalam kos yang lebih murah.

Menjejak kaki di China pada musim yang amat dingin dibawah 0’ Celcius khususnya kota Beijing yang berusia lebih 3,000 tahun dengan keluasan 16,808 km persegi, bagaikan impian.. tanpa diduga ianya menjadi kenyataan. Sepanjang 7 hari berada di kota ini dan kota Tianjin yang penuh keajaiban masa lalu, masa terasa begitu singkat. Banyak yang boleh dipelajari dan diamalkan semasa lawatan ini terutamanya menghayati semangat dan kegigihan masyarakat China di sana.




Lawatan ke Tembok Besar Negeri China (6,000 KM), Kota Larangan Maharaja China (Forbidden City/Imperial Palace) , Istana Musim Panas Maharaja China di Haidan, Dataran Tian’anmen (440,000 meter persegi) dan Masjid Niujie (di Kota Beijing) serta Masjid Haidian (di Kota Tianjin) setiap satunya mempunyai keunikan ceritanya yang tersendiri. Keunikan dan kehalusan senibinanya serta kebesarannya memang mengkagumkan dan kadang-kadang tidak terjangkau dalam fikiran bagaimana mereka boleh membina bangunan-bangunan tersebut dengan hanya kudrat tenaga manusia semata-mata lebih 2,000 tahun yang lalu. Semangat inilah yang perlu ditanam dalam diri kita supaya tamadun sesuatu bangsa Melayu itu dihargai, dihormati dan disegani.
Rombongan juga berkesempatan bertemu dengan masyarakat Islam di kota Beijing dan kota Tianjin. Kami sempat bersembahyang Jumaat di masjid Niujie kota Beijing dimana ianya agak berbeda dan menimbulkan sedikit kekeliruan ahli rombongan. Masjid yang berusia lebih 1,000 tahun ini berbentuk seperti tokong memang menjadi tumpuan pelancung Islam yang melawat ke kota Beijing. Merasa jugalah berjemaah dan mendengar khutbah dalam bahasa mandarin. Kemesraan persaudaraan seagama begitu terasa apabila masing-masing saling mengucapkan salam walaupun hanya berhubungan melalui senyuman.

Para rombongan juga telah melawat perusahaan-perusahaan milik negara China seperti di Pusat Perubatan Herba (China Preserving Health Training Center), Kilang Tea Dr.Tea, Kilang Jade ( Beijing Banner Jadeware City) , Kristal dan Pertunjukan Akrobatik milik kerajaan. Banyak juga wang dihabiskan disini disebabkan terpengaruh dengan cara pendekatan promosi yang diamalkan iaitu seperti pergi mendengar taklimat dengan praktikalnya sekali.

Tidak sempurnya rasanya lawatan jika tidak membeli-belah cenderamata dan barangan-barangan dari negeri China. kota Beijing dan kota Tianjin (2 jam perjalanan dari kota Beijing) memang syurga membeli belah. Dari barangan cenderamata kepada barangan jade, barangan kristal, alas meja, alas kusyen, pakaian musim sejuk, cadar , kain sutera dan sebagainya memang murah dan jika pandai tawar menawar akan mendapat harga yang amat murah. Tidak hairanlah setiap peserta yang semasa tiba di kota Beijing hanya sebuah beg besar tetapi bila pulang 3 beg penuh dengan bermacam-macam buah tangan yang dibeli disebabkan harganya yang amat murah sekali. Antara tempat membeli belah yang menarik dan harga murah ialah di Xiau Shui Market di Jiangiomen Waidajie dan Sanlitoun Yashow Clothing Market.

Satu perkara menarik di Kota Beijing ini ialah kurangnya berlaku kesesakan lalulintas walaupun penduduknya hampir 15 juta orang. Sebahagian besar penduduknya menggunakan basikal (11 juta basikal)untuk ke tempat kerja dan lori-lori hanya dibenarkan masuk ke kota Beijing pada waktu malam sahaja. Kenderaan bermotor hanya 2.2 juta sahaja. Motosikal amat kurang sekali. Jarang sekali berlaku kemalangan jalan raya. Pengangkutan awamnya ialah bas berenjin diesel dan bas berkuasa elektrik sentiasa penuh dengan penumpang. Jalan-jalannya agak lebar dan sepanjang jalan banyak sekali rumah flat atau apartment yang dibina oleh kerajaan atau oleh pihak swasta. Penguatkuasaan undang-undang amat ketat. Tidak ada aktiviti perniagaan ditempat-tempat yang tidak dibenarkan terutama ditepi-tepi jalan. Pembangunannya memang rancak sejak negeri ini dibuka kepada orang luar. Sememangnya melihat kepada kerancakan pembangunan ekonomi dan fizikal Kota Beijing China ini tidak hairanlah China akan menjadi kuasa ekonomi yang terbesar didunia.

MEMBINA KETAHANAN JATI DIRI DAN KETAHANAN FIZIKAL SERTA MENTAL MELALUI PELAYARAN DILAUT

25.02.2005..Langkawi

Catatan oleh : Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman


Perancangan dan pelaksanaan Pelan Tindakan Kedah Maju 2010 memerlukan pegawai-pegawai kerajaan negeri Kedah yang mempunyai keupayaan yang luarbiasa dan tinggi daya usaha bagi merealisasikannya mengikut tempoh yang ditetapkan. Sehubungan itu pegawai-pegawai kerajaan perlu ada ketahanan dalam segala aspek samaada ketahanan mental, ketahanan fizikal serta kemampuan berfikir yang luar biasa dengan lebih proaktif dan kreatif. Ini adalah kerana kerajaan negeri telah menetapkan ‘target’ yang begitu tinggi dalam masa yang semakin singkat untuk mencapai Kedah Maju 2010.



Menyedari hakikat inilah maka atas idea kreatif Y.A.B. Menteri Besar Kedah DA, kerajaan negeri telah merangka satu-satunya kursus yang luar dari kebiasaan iaitu ‘Sail Training & Team Building Program Voyage Langkawi to Streets Of Malacca’. Modiul kursus yang dirangka sebegitu rupa adalah untuk memberikan satu kelainan dalam pengajaran dan pembelajaran dan memberikan hasil yang amat berkesan kepada pegawai-pegawai yang mengikuti kursus tersebut. Dalam majlis perasmian kursus ini yang diadakan di Jeti Jabatan Laut Tg Lembung, Pulau Langkawi YAB Dato’ Seri Hj Syed Razak b. Syed Zain , Menteri Besar Kedah telah menegaskan kursus ini dibuat sebegini rupa untuk memberi pendedahan baru kepada pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri selain memberi peluang belajar berkenaan ilmu pelayaran yang agak baru bagi kebanyakan peserta kursus. Pengalaman yang diperolehi dari kursus di atas kapal layar mewah S.T.S Puteri Mahsuri ini amat berguna dan boleh dijadikan sebagai panduan yang berkesan dalam mengemudi negeri Kedah kearah Kedah Maju pada tahun 2010.




Kursus Pelayaran Di Laut Dalam ini mendapat kerjasama sepenuhnya Institut Pengurusan Kedah dan Syarikat Wildernesss Centre Sdn Bhd iaitu salah satu anak syarikat Kumpulan Halim Mazmin Sdn Bhd yang terlibat secara langsung dalam pengendalian kursus-kursus ‘out door’. Syarikat Kumpulan Halim Mazmin Bhd telah menyediakan sebuah kapal layar mewah yang amat berprestij dan mewah serta mempunyai sejarah uniknya yang tersendiri. Kapal ini telah beberapa kali menyeberangi Lautan Pasifik dengan membawa orang-orang kenamaan Jepun dan Amerika Syarikat. Kos ubahsuai kapal ini sahaja bernilai lebih RM20 juta. Sekarang ianya menjadi milik rakyat Malaysia

Sepanjang mengikuti kursus ini bermula dari 19 Feb 2005 hingga 25 Feb 2005, semua peserta yang berjumlah 33 orang yang terdiri Pegawai Tadbir Negeri Kedah, Pegawai-Pegawai Agama Negeri Kedah, Ketua- Ketua Jabatan Negeri ,dan Jurutera-Jurutera JKR telah dilatih berkenaan konsep-konsep asas ilmu perkapalan dan pelayaran seperti ‘navigation watch’, ‘maritime lesson’, ‘Deck/Sail Watch’, ‘Setting Sail’ dan ‘Taking in Sails’. Peserta-peserta sendiri diberi peluang untuk mengemudi sendiri kapal layar yang beratnya 1,144 tonnes dan panjangnya 66 meter dengan berpandukan perkara-perkara asas yang diajari oleh Kapten Kapal dan krewnya. Kegiatan yang mencabar sepanjang latihan ini ialah mabuk laut dan semua peserta terpaksa memanjat 3 tiang layar yang begitu tinggi untuk memasang dan membuka layar yang jumlah luasnya 1,000 meter persegi. Walau pun pada mula sebahagian dari peserta kursus teragak-agak untuk memanjat melalui tangga tali sahaja tetapi dengan semangat kental dan kerja berpasukan akhirnya semua peserta tidak kira peringkat umur telah membuktikan bahawa ketinggian bukan lagi satu kegerunan dan masalah besar dan semuanya berjaya memanjat dan bekerja di palang tiang layar yang begitu tinggi untuk membuka dan mengikat layar kapal.



Sesuai dengan amanat YAB Menteri Besar Kedah agar Pelan Tindakan Kedah Maju 2010’ dijadikan bahan untuk perbincangan sepanjang kursus ini maka semua peserta telah mengambil bahagian yang aktif dalam perbincangan berkenaan Kedah Maju 2010. Perbincangan tersebut menjurus kepada produk-produk baru yang boleh diketengahkan sebagai pelengkap kepada program yang sedang berjalan sekarang. Pada akhir kursus satu resolusi berkenaan Pelan Tindakan Kedah Maju 2010 dari semua peserta kursus telah diserah kepada YAB Dato’ Seri Setia Di Raja Dato’ Seri Syed Razak b. Syed Zain , Menteri Besar Kedah dimajlis sambutan pulang peserta kursus di Jeti Tg. Lembung, Langkawi pada 25 Februari 2005.

Tuesday, August 25, 2009

Karaoke



Sila klik difoto untuk jelas lagi

Monday, August 24, 2009