Wednesday, November 19, 2014

Jamuan DiRaja Bersama KcS

catatan.. mohd asri redha
tarikh.... 18 Nov.2014
Tempat. Dewan Banquet Royal Kedah Club..

Salam sejahtera
buat sahabat 2 semua















Monday, November 17, 2014

JEJU & SEOUL..... KATA ORANG KOTA CINTA: Shine Like A Star.

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 17 November 2014

Assalaamualaikum.. wrt
'Annyeonghaseyo'
Selamat Pagi

Ketemu lagi ya dalam blog saya kali ini... waduh .. lama benar saya tidak menulis dalam blog sejak saya bertukar kerja ke Pejabat Kewangan Negeri Kedah.. nak kata kalut .. tak la kalut sangat berbanding dengan duduk bekerja di Majlis Bandaraya dulu.. Entah kenapa.. syeh nak menulis tak mau nak mai... duduk kat MBAS dulu banyak juga artikel saya tulis walau kalut lagu manapun...

Walaubagaimanapun sebenarnya ini semua gara2 ada fb saja.. jadi malas nak menulis, jadi  pakai masuk dalam fb sahaja setiap aktiviti saya  .. tp itulah tulis dalam fb ni.. tak berapa nak puas sebab tak boleh ulas panjang.. utk cerita pendek2 boleh la...

Tapi saya suka ulas perkara2 yg saya lihat, alami dan lalui.. baru puas.. tu yg jadi panjang cerita.... tulis blog ini pun utk kepuasan diri sendiri dan ada juga rekod2 kehidupan kita.. nanti bila tua2 .. boleh la 'recall' balik kisah2 lama kita dan anak cucu kita juga boleh tengok kita bila dah tak ada didunia yang hanya sementara ini.. Jadi  saya x nak la memaksa sapa2 untuk baca celoteh saya ni.. kalau rasa buang masa tak perlu lah susah-susah baca..

Kali ini saya ada sedikit cerita berkenaan lawatan saya ke Korea Selatan pada tanggal  07 Novembor 2014 hingga 12 November, khususnya lawatan ke Kota Seoul dan Pulau Jeju. Lawatan ini anjuran MBAS sebagai menghargai khidmat Ahli2 Majlis MBAS yg akan perkhidmatan mereka pada hujung tahun ini.. Saya ni tumpang tui saja atas belas ihsan MBAS kerana sekarang saya tak bertugas  lagi di MBAS .. kalu depa tak jemput ikut sertapun tak boleh nak kata apa.. ia bukan kemestian.. Tapi rupanya depa ingat juga pada bekas SU ni.. Terima kasih saya ucapkan pada Datuk Bandar  dan MBAS yg jemput saya utk ikuti program lawatan yang amat berguna ini.

Korea Selatan tidak asing bagi Malaysia kerana Dr Mahathir telah mengadakan polisi Malaysia Pandang Ke Timor.... Polisi ini sebenarnya  banyak membantu pembangunan negara Malaysia. Harus diingat pada satu ketika dahulu Korea Selatan duduk terkebawah  berbanding Malaysia dari segi pembangunannya.. Tapi sekarang Korea Selatan merupakan negara yang termaju setanding dengan Amerika, Jepun dan lain-lain negara maju.  Sebab itu kita perlu belajar apakah rempah ratusnya yang mereka buat sehingga  menjadi sedemikian.. bagaimana karektar rakyatnya dibentuk sebegitu rupa.  Sumber alam mereka lebih kurang sama sahaja dengan kita malahan rasanya di Malaysia lebih banyak sumber alamnya.

Sebenarnya ini adalah kali kedua saya ke Korea Selatan. Kali pertama saya datang ialah pada 21 - 24 Oktober 2013. Tapi pada ketika itu saya pergi ke bandar  Yeosu yg terletak di Selatan  Korea Selatan.. Lawatan saya ke situ ada saya ceritakan dlm blog saya seperti alamat blog dibawah.. kalau berminat nak baca klik sahaja kat situ...

The 8th Silk Road Mayors Forum Yeosu 2013.

Di situ saja saya sudah ceritakan tentang sikap dan 'attitude' orang Korea yg sedikit sebanyak meledakkan  kemajuan Korea dgn begitu pantas dan pesat.

Perjalanan dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangasa Incheon mengambil masa lebih kurang 6 jam.  Lapangan Terbang ini adalah salah satu lapangan terbang terbesar didunia yang mempunyai lebih kurang 360 'gate'. dan dikatakan atas pulau buatan manusia.

Nampak tak kat belakang tu.. itulah magga yang dikunci 
antara satu sama lain sehingga menjadi begitu banyak
sekali..... rasanya berjuta ada kat situ......

Sebenarnya banyak tempat menarik yg boleh dikunjungi sama ada tempat yang diujudkan oleh Korea dengan pelbagai jenis produk pelancongan atau melawat alam semulajadinya yang indah-indah  dan ada yang luar biasa.. Jadi lawatan ini merangkumi 2 situasi.. dan dalam masa yg sama saya suka melihat kehidupan sosial mereka, attitude mereka, inovasi mereka , teknologi yg mereka gunakan dan kreaviti mereka dalam industri pelancongan ....

Pemandangan dari atas puncak Seoul Tower... 
Namsan Tower atau 'Seoul Tower' adalah tempat kunjungan awal kami sebelum kami check in hotel. Tower ini dibuka pada tahun 1980 . Memang menjadi tarikan pengunjung kerana dari atas menara kita dapat melihat sebahagian besar Bandaraya Seoul. Cumanya utk sampai ke lif utk naik kepuncak menara pengunjung terpaksa mendaki berjalan kaki yang yg agak curam sejauh 150 meter. Kalau ada yg semput dan masalah kesihatn elok jangan mendaki utk elak  sebarang kemungkinan yang tidak dijangka.. Nanti sempot disini, maka pakai tak pi manalah selepas tu.. nak berjalan dan melawat banyak tempat lagi..

Sebenarnya kalau kita naik tower ni.. samalah macam kita naik Menara Alor Setar / Telekom kat Alor Setar ni.. boleh nampak seluruh bandaraya Alor Setar, malahan lebih canggih lagi boleh bergerak keliling tanpa perlu kita berjalan.. hebat tu.. tapi kenapa tidak ramai yang naik dan melawat tempat tersebut.. Di sinilah kreativiti orang Korea.. pandai mempromosi tempat tersebut melalui drama-drama korea yang semakin diminati ramai terutama dapat menarik pelancong dari negeri China. Kat bawah menara tu pula ada 'Padlock Bridge'.. asalnya 'bridge' biasa sahaja, tapi entah sapa yang mula buat , waktu saya pi melawat pada perkiraan saya ada berjuta kunci kat situ hingga penoh sepanjang bridge itu.. mungkin orang bercinta sedang mengunci cinta mereka kat situ.. yang kaya rasanya kedai cenderamata jual kunci yang ada berdekatan.

KiMCi saya
Satu hal lagi kalau pelancong melawat ke Korea Selatan melalui 'travel agency' pelancong pasti akan dibawa ke tempat buat Kimci iaitu sejenis makanan utama di Korea. Kata pemandu pelancong yang cantik manis tu, makan kimci amat menyihatkan dan memberi kesan baik kepada kesihatan. Sebab itu orang Korea nampak aktif dan kulit kelihatan tegang dan lembut.. betul atau tidak tak tahu lah saya. Tapi itulah realitinya. Kat mana kami makan pasti dihidangkan juga makanan kimci ini yang dibuat dari sayor-sayor yang disalutkan dengan macam sambal belacan kita atau cili pedas .. tak sedap pun. Rombongan kami diajar cara-cara buat Kimci kat tempat khas yang saya tengok kat papan tanda luar tulis School Of Kimci.. kenapa bagi nama School... rasanya khusus untuk pelancong kut.

Melancong kalau tak pi shopping macam tak sah.. ini yang saya lemas.. dok fikir nak beli apa.. saya datang nak mai tengok negeri orang. tapi majoriti ahli rombongan setuju nak minta pi tempat shopping yang murah-murah kat kota Seoul.. Nak murah tang mana, Seoul adalah salah satu bandaraya yang agak tinggi kos hidupnya... murah bagi mereka masih mahal bagi kita sebab tukaran duit mereka dengan kita ialah 10,000 won bersamaan lebih kurang RM32.00. TShirt biasa kat Malaysia hanya dlm lingkongan RM10.00 sahaja tapi kat Myaendong Market paling murah RM30.00 duit kita. Jadi tempat shopping yang terkenal  ialah di Myaendong Market dan Dongdaemon Market. Memang luas kawasan market tersebut dan begitu meriah pada waktu malam. Bolehlah cari segala macam benda-benda yang tidak ada kat Malaysia.

Berpuluh-puluh buah bas pelancong berderetan  kat 
jeti feri ke pulau Nami tersebut.. menunjuk kata begitu
ramai sekali pelancong ke pulau trsebut/.
Saya perhatikan sesiapa sahaja yang melawat Seoul pasti akan diceritakan berkenaan kecantikan dan keindahan Pulau Nami yang berbentuk bulan sabit... Sayapun rasa teruja nak ke sana, nak tengok apa ada disana. Apa yang saya tahu Pulau Nami ini terkenal kerana gara-gara Drama Cinta Korea yang bertajuk 'Winter Sonata'. Penangannya memang hebat... waktu cuti hujung minggu dan juga musim bunga beribu-ribu orang datang melawat pulau yang dikatakan kepunyaan orang persendirian ini. Untuk sampai ke pulau ini adalah dengan menaiki feri lebih kurang 15 minit sahaja. Pandai sungguh pemilik pulau ini mempromosikan pulaunya... Sebenarnya yang menarik ada kat situ ialah pokok-pokok ches nut dan pokok poplar yang daunnya berwarna-warni. Itu yang menariknya.
Pokok2  seperti  inilah  yang  menjadi  tarikan 
 dan   sebagailandskap yang menarik kat pulau 
Nami ini.. Itupun daundah luruh banyak. 
Kalau tidak akan nampak lagi cantik
dengan daun yang pelbagai warna
 .



Tempat biasa sahaja.. Jadi kita hanya berjalan-jalan saja ambil gambar berlatarbelakangkan pokok-pokok itu sahaja.... yang lain tak ada apa...

Cumanya saya tak nampak tiang elektrik dan tiang telefon kat sini yang mungkin pemiliknya hendak mengujudkan suasana landskap semulajadi.

Waktu rombongan saya pergi melawat, agak lewat dah kerana daun-daunnya mulai luruh, tidak sebanyak dua atau tiga minggu sebelum ini. Waktu saya datang melawat tempat ini saya lihat ramai sungguh pelancong nak pergi ke sana. Terpaksa beratur panjang sebelum dapat naik feri.  Boleh juga naik kabel buaian kalau tak gayat , sebab bukan duduk macam dalam kereta kabel tapi hanya duduk seorang diri macam buaian yang ditarik laju.... Sekali lagi pelancong luar negeri tahu fasal pulau ini melalui Drama Korea juga... sebelum cerita Winter Sonata menjadi kegilaan seluruh dunia, pulau ini tidak dikenali sangat.

Dihadapan pintu masuk ke Everland Theme Park...
Sebagai sebuah negara berteknologi tinggi dan maju, tentunya saya nak tengok juga dimana teknologinya itu.. Mungkin di theme parknya ada kut. Kat Seoul ada 'theme park' namanya 'Everland Theme Park'. Memang besar theme park ini. Nak masuk kena bayar lebih kurang 44,000 Won. Terletak di bandar Yongin , Wilayah Gyeonggi Do. Ia dibuka sampai 11.00 malam . 'Theme Park' ini dibahagikan kepada 5 zon besar yang disediakan iaitu zon global fair, zon American Adventure, zon Magic Adventure, zon European Adventure dan zon Tropika.. Tiap-tiap zon ada segala macam aktiviti dan hiburan yang disediakan.  Takat 2 jam atau 3 jam tak cukup.. Kalau nak masuk dan menikmati semua zon ini sekurang-kurangnya sehari suntuk.


Dari Gimpo Airport ke Jeju Airport naik
penerbangantambang murah Korea JinAir
.. Ticket flight dia punblh buat utk iklan...  
sampai jd panjang pulak tiketnya..MAS blh
tiru ni.... buat macam nicukupla... kos boleh
kurang, dapat hasil iklan lagi.

Saya beruntung dapat mengikuti rombongan ini kerana diaturkan juga lawatan ke Pulau Jeju. Untuk ke pulau ini dari Seoul terpaksa naik kapal terbang tempatan dari 'Gimpo Domestic Airport'. 'Airport' ini merupakan 'airport' kedua kat Seoul yang banyak mengendalikan penerbangan tempatan dan tambang murah.  Perjalanan dengan kapal terbang lebih kurang 1 jam. Jadi kosnya tentu lebih sikit la .. Kenalah tambah pulusnya lebih kurang RM1700.00 lagi kalau nak sambung lawatan kesini dan menginap 2 malam kat pulau ini. Rasanya berbaloi meneruskan lawatan ke Pulau Jeju. Jadi saya rasa dengan kos RM4700.00 adalah berbaloi melawat kedua-dua tempat ini.

Cantik pemandangan ditepi laut ini...
Seongsan Sunrise Peak


Pulau Jeju memang menjadi tumpuan pelancong terutama dari negara China kerana pulau ini bebas visa. Pelancong China kalau hendak ke Korea Selatan kena ada Visa tapi untuk ke pulau ini tidak memerlukan visa. Terlalu ramai pelancong dari negara China kat sini dan  banyak juga rakyat Cina membuat pelaburan kat sini dan membeli hartanah kat pulau ini hingga menimbulkan kebimbangan pada pihak berkuasa Korea akan fenomena ini..

Ada nampak macam naga tak batu
tepi laut tu.... Inipun dijadikan
satu tempat pelancongan yang

mesti dilawati....
Ada lebih kurang 20 tempat pelancongan yang menarik dikunjungi.. tapi rombongan kami hanya sempat melawat beberapa tempat sahaja disebabkan kesuntukan masa. Salah satu tempat yang memang menarik dan diiktiraf sebagai 'Tapak Warisan Dunia' oleh UNESCO  ialah di Seoupjicoji Hill . Pandai sungguh pemerentahnya mengeksplotasi tempat ini hingga menjadi tumpuan ribuan pelancong datang melawat. Nak masuk ke taman ini kena bayar lagi. Itupun orang masuk juga.. Bukan ada apa pun cuma ada kawasan dataran berumput landai hingga ke kaki gunung dan ada trek jalan kaki hingga kepuncak gunung lebih kurang 300 meter. Saya cuba juga sampai ke atas dan boleh nampak seluruh bandar sekitarnya dari puncak gunung tersebut... Itu sahaja aktivitinya sambil menikmati pemandangan daratan dan lautan yang indah-indah.

Ini belum sampai kepuncak lagi... tapi memang viewnya
amat menarik sekali.. ramai yang naik ke atas ini sambil
menikmati keindahan alamnya yang semula jadi.. 
Dataran berumput dibawahnya dijaga rapi dan
tak dibenar pengunjung memasukinya... Hanya
ikut trek yang disediakan sahaja
Pengiktirafan oleh UNESCO terpahat disini...
Bila kerabat gunung ni teringat saya kat Gunung Keriang kat Alor Setar.. memang berpotensi jika dibuat macam tu... tapi dibawah itu kena buat landskap dan taman yang menarik sikit dan buat trek jalan yang lebih sempurna dan selamat kepuncak sana.. Insya Allah pasti akan menjadi tumpuan ramai apatah lagi ada pula batu-batu bunga yang unik kat gunung ini. Malangnya tanpa perancangan yang rapi , dibina lift untuk naik ke atas yang sehingga kini gagal digunakan sebaik mungkin. Kalau boleh digunakanpun nanti banyak memerlukan belanja untuk penyelenggaraan dan tenaga elektrik. Alangkah bagusnya peruntukan yang berjuta itu digunakan untuk membuat trek jalan kaki yang lebih sempurna dan selamat untuk ke puncak Gunung keriang. Biar ia kekal dengan alam semula jadinya. Kalau nak ikut Korea mereka lebih dari berkemampuan untuk bina lift sampai ke puncak tapi tidak melakukan demikian.. Kalau kemampuan tenaga terhad, cukup sekadar berjalan-jalan ditrek bawah yang nyaman dan dingin itu.

Saya nak tergelak juga bila dibawa ke satu tempat yang dinamakan 'Dragon Head Rock'... Bukan ada apa.. cuma nak tunjuk batu tepi laut yang berbentuk seperti naga. Ada lah cerita-cerita metos yang diberikan kenapa  batu itu berbentuk naga. Lepas itu dibuat patung Ikan Duyong yang dikaitkan dengan naga itu. Pandai sungguh depa buat cerita.. tu pun berpuluh bas pelancong datang berhenti... yang laku ialah kedai-kedai yang jual cenderamata dan minuman kat situ.

Ini yang dikatakan Jalan Misteri tersebut.. Bas itu
telah mematikan enjinnya tapi terus berjalan 
secara graviti menurun.
Agak hairan juga bila bas kami sampai kat satu tempat.. pemandu bas mematikan enjin kenderaan dan berhentikan kenderaan. Bila brek dilepaskan bas tersebut berjalan kehadapan agak laju . mana-mana bas dan kereta yang lalu jalan ini pasti akan matikan enjin dan test .. Tengok sekeliling nampak macam jalan itu menaik dan persekitaran sekeliling juga nampak macam menaik. kenapa menurun pula.. sebelah jalan itu pula ada kubur.. sapa pula tolak bas ni....    biarlah ia menjadi tandatanya dan berfikirlah sendiri... Sebab itu tempat itu  dinamakan 'Ghost Road'  tapi rasanya saya tahu sebabnya... tak payah cerita la..

Teddy Bear Museum..
Di Pulau Jeju banyak juga muziumnya yang khusus untuk sesuatu produk. Antaranya muzium chocolate, Museum of Africa, Muzium Kereta Lama malahan Muzium Sex dan Kesihatan pun ada.  Rombongan saya hanya berkesempatan melawat Muzium Teddy Bear. Di Muzium ini segala macam dan segala jenis patung Teddy  Bear ada. Apa yang seronoknya saya nak pi melawat muzium, dah diatur begitu ikut sahajalah. Kalau bagi pilihan tak teringin pergi kesitu.  Cuma saya tertarik dengan promosi mereka yang menggunakan sepenuhnya muzium-muzium  yang ada untuk menarik pelancong datang melawat dengan kerjasama erat agensi pelancongan mereka. Bukan besar manapun muzium tersebut. Kalau nak ikut kita kat Alor Setar/Kedah pun ada muzium iaitu Muzium Negeri, Muzium Padi dan Muzium Arkeologi.. banyak juga bahan yang dipamerkan, tapi kenapa ya jadi kurang bermaya... Travel Agency yang ada pun kurang mempromosikan tempat-tempat seperti ini.. Pelancong kalau dibawa ke sini mereka akan ikut sahaja  sepertimana saya dibawa melawat Teddy Bear Museum walaupun sikit tak minat. Kena bayar pula tu bila masuk.... Bolehlah bergambar dengan patong-patong bear yang macam-macam jenis dan saiz tu... kalau bawa anak-anak perempuan kesini tentu depa seronok sangat.

Seongeup Folk Village 
Kami juga dibawa melawat ke Seongeup Folk Village dimana ditunjukkan dan diceritakan tentang suasana perkampongan dan kehidupan masyarakat Korea satu ketika dulu.. Celah2 beri taklimat tu sempat lagi promote madu lebah. Ceritakan segala kebaikan madu lebah depa. Sayapun terpengaruh juga.. beli juga 2 botol..  pandai sungguh depa ambil kesempatan.

Satu tempat yg mesti dikunjungi ialah Jeju Ice Museum, 3d Museum, 5D Museum ( Dalam satu bangunan) .. Saya kata mesti dikunjungi kerana dimuzium ini kita dapat menikmati 3 aktiviti yang  menarik.. Tak pi rugi pergi ke situ.. mula2 kita masuk dalam ruang bilik sejuk di mana didalamnya kita dapat melihat ukiran2 ais yg begitu indah dan cantik.. sejok gila masuk kedalam ni..sampai dalam kepala... Selepas tu kita boleh bergambar pula diruang pameran 3D Trick Art Gallery.. macam2 trick ada.. Semua pengunjung juga dipersembahkan dgn Teater 5D... memang nampak macam sebenar... Tiba2 saja keluar lembaga hampiri kita mau potong kepala dengan gunting.. kalau duduk seorang diri boleh terkejut dibuatnya.. Memang canggih teknologi ini...
Sejok gila duduk dalam gua ais nii..

Lain-lain tempat yang dilawati sepertimana biasa mesti 'travel agent' nya akan bawa kita pi kedai ginseng, kedai batu amethyst, kedai cenderamata, kedai kosmetik dan lain-lain kedai. Kedai-kedai ni bukan terbuka, tapi terletak dalam bangunan dan tingkat atas pula. Tak nampak macam kedaipun. Cuma ada ruang pameran dan ruang taklimat. Jadi memang ianya dibuat khusus untuk pelancong. Selalu mereka kata tempat-tempat ini dibawah kawalan kerajaan dan wajib dilawati. Memang pandai pula mereka mempromosi produk-produk yang dikeluarkan, boleh berbahasa melayu  lagi. Harganya mahal gila.. namun ada juga yang membeli, mungkin terpengaruh dengan bukti-bukti yang dikemukakan atau apa yang dicakapkan itu betul-betul kena mengenai dengan diri ... Sebenarnya di Kedah pun boleh kita promote macam ini seperti batu bunga di Gunung Keriang, Tongkat Ali, atau Gamat.. asalkan kita bijak mereka cerita tentang produk-produk tersebut.. Soalnya ialah komitmen dengan 'travel agency' kita .. samada mereka mahu atur atau tidak ke tempat-tempat yang kita tetapkan.... jumlah atau bilangan pelancong juga kena ambil kira.

Lain-lain tempat yang dilawati lebih kepada budaya dan cara hidup rakyat dan raja-raja Korea sewaktu zaman feudal dulu. Tempat yang dilawati tersebut ialah Gyeongbok Palace .. Istana lama yang diduduki oleh raja-raja yang berkuasa dulu tapi sekarang tinggal sejarah ,  ' National Folklore Museum' dan Blue House iaitu Istana Presiden

Saya juga suka untuk melihat tentang suasana kehidupan rakyat Korea terutama sikap mereka, pemikiran mereka, disiplin mereka, cara hidup mereka & budaya mereka. Untuk menjadi sebuah negara yang maju perkara2 seperti diatas amat perlu diberi perhatian.. Belum tentu sebuah negara yang kaya sumber alamnya boleh menjadi sebuah negara yang maju kalau sumber manusia yang ada tidak dapat dieksploitasikan dengan sebaiknya.

3D Trick Art Gallery.. boleh laa berlakon sikit..
Pemerhatian saya sepanjang tempoh seminggu berada di Korea Selatan jelas membuktikan apa yang saya dengar dan lihat sebelum ini adalah benar. Saya amat tertarik dengan disiplin mereka.. Kalau diatas jalan raya, mereka memang mematuhi peraturan dan undang. Dalam bandar mereka ada Jalan Laluan Biru (garisan jalan bertanda biru). Laluan jalan ini adalah khusus untuk kegunaan bas penumpang sahaja. Kenderaan biasa tidak  boleh memasuki jalan ini. Kalau masuk, hukuman denda yang berat akan dikenakan oleh pihak penguatkuasaannya.Sebab itu lalulintas sesak lagu manapun bas awam masih dapat bergerak lancar.  Sebab itulah majoriti warga kotanya menggunakan pengangkutan awam bas untuk ketempat kerja dan boleh sampai ke tempat kerja tepat pada waktunya.

Sepanjang tempoh lawatan ini saya menginap di 2 hotel yang biasa sahaja.. Bukan bertaraf 4 atau 5 bintang . Namun saya berpuashati dari segi kecanggihan hotel. Penggunaan teknologi digunakan sepenuhnya baik dari kawalan elektriknya, kawalan bilik, malahan bilik air pun canggih. Nak duduk buang air besarpun tak berapa nak percaya kata mangkok tandas tu untuk buang air besar. Tentunya kos mahal. Cuma biliknya kecil sikit... Agak2 kalau hotel kecil2 di tempat kita menggunakan peralatan yang moden2 macam ni.. boleh bertahan lama tak... Sekali lagi sikap dan kelakuan manusia itu menentukan segalanya.

Tahap integriti rakyatnya amat tinggi.. Ini memang tidak dinafikan. Pernah diceritakan rakan saya beliau tertinggal barang disebuah pasaraya, bila dia tersedar dan pergi ketempat tertinggal barang itu, barang itu masih ada lagi kat situ tanpa diusik sesiapa.. Kadang kadang saya terasa hairan juga bagi sebuah negara yang lebih separuh dari penduduknya tidak ada pegangan agama tapi tahap integriti begitu tinggi. Kenapa boleh jadi begitu.. Bagi kita sebagai orang Islam yang ada hukum hakam dosa pahala , balasan di akhirat nanti, sepatutnya tahap integriti tentunya lebih tinggi lagi.. tapi rasanya tidak terjadi begitu...

Pakar saikologi dan pakar2 pendidikan patut mengkaji dengan lebih mendalam apa rempah ratusnya sehingga Korea Selatan menjadi sebegitu maju  dan rakyatnya amat berdisiplin serta mematuhi peraturan pemerentahnya. Setahu saya salah satunya ialah pemerentah Korea Selatan lebih menekankan pendidikan akhlak, moral dan integriti diperingkat pendidikan awal kanak2 lagi. Depa tak kalut lagi dok fikir nak bagi boleh pandai dalam pelajaran akademik, tapi depa kalut untuk membina keperibadian diri anak bangsa mereka. Sebab itu kita jangan hairan lah melihat rakyatnya mempunyai tahap integriti yang tinggi, berdisiplin  dan patuh peraturan dan undang-undang.

Kehidupan sosial mereka tak berapa sesuai dengan kita. Fasal bekerja bersungguh sungguh tu kita  boleh ikut, tapi bagaimana mereka melegakan tekanan  kerja mereka,  tak boleh nak ikut kerana dunia mereka banyak minum minuman keras. Sebab itu banyak pub dan cafe di bucu2 bangunan.. Tempat mereka bertemu untuk interaksi sesama rakan sambil minum2

saya tak kenalpun  sapa pelakon ni....
bergambar pi la.. kat kat situ...
Korea Selatan bijak mempromosikan negara mereka. Secara kebetulan drama-drama korea semakin diminati diseluruh dunia.. Melalui filem dan drama Korea ini dipaparkan tempat-tempat menarik dan apa yang ada dan menarik disesuatu tempat. Secara tidak langsung ianya menjadi tarikan kepada penonton untk datang sendiri tengok tempat tersebut. Contohnya sepertimana saya cerita sebelum ini Pulau Nami dikenali melalui Drama Korea Winter Sonata. Kita di Malaysia pun boleh juga gunakan filem untuk promote negara kita, tapi adakah filem atau drama kita diminati diluar negara. Kalau tidak ada   kita boleh taja filem2 atau drama2 luar negara yg diminati ramai.. Selama inipun kita berbelanja beratus juta RM untuk promosi diluar negara, tapi hasilnya tak berbaloi dengan kos yang dikeluarkan. Pulau Langkawi dikenali pelancong India apabila pelakon Shahrukh Khan berlakon filem di Pulau Langkawi.. Bila filem lakonannya ditayangkan di India baru orang India tahu fasal Langkawi dan berminat datang melawat setelah melihat keindahan Langkawi dalam filem tersebut. Jadi dapat promosi percuma sahaja. Tiap tempat adalah replica gambar artis2 popular mereka menunjuk kata tempat itu seperti mana ada dalam filem atau drama tersebut.. Maka berduyun-duyunlah pelancong pergi bergambar kat situ termasuk saya juga. Dekat pulau Nami saya tidak sempat bergambar bersama replika pelakon utama Winter Sonata. Memang ada gambar replika pelakon utama drama tersebut. Tahun 1990an filem2 dan siri-siri -drama Korea telah mula dieksportkan keluar Negara seluruh dunia yang telah menarik minat pelancong-pelancong untuk datang melawat Seoul dan lain-lain kotaraya di Korea Selatan. Korea Selatan mengambil kesempatan dari popularity filem dan siri2 drama mereka untuk meningkatkan kehadiran pelancong luar  negara ke Korea Selatan.. Jadi mereka memperkenalkan melalui istilah K-POP, K-Drama, K-Star, K-TV Show.. Itu sebab kalau kita pergi sesuatu tempat terjumpa replica gambar-gambar artis mereka kat situ , maka disitulah tempat artis-artis mereka beraksi sepertimana dalam drama dan movie yang ditayangkan... So kita pun ambillah gambar kat situ..

Orang Korea amat mementingkan penjagaan diri. Jangan hairanlah kalau tengok orang Korea nampak macam dah berumur tapi pipi mereka cekang2  belaka. Fasal depa pakai botox. Pakai botox ni kira perkara biasa saja dan boleh buat sendiri..Kedai2 kosmetik merata ada dengan pelbagai jenis produk kecantikan..Industri pembedahan muka menjadi industri yang menguntungkan di Korea. Ramai pakar2 bedah kosmetik ada di Korea Selatan.. Mereka sanggup berbelanja besar dan menahan kesakitan untuk cantik. Kat gedong kosmetik khusus untuk pelancong , pandai jurujualnya membuat demonstrasi penggunaan pelbagai produk kosmetiknya . Ramai terpesona dan beli. Mahal juga tu produk2 tersebut.

DiKorea Selatan , saya rasa agak selamat berada di negara ini.. Jarang jumpa peminta sedekah dan pencopet agak kurang. Mungkin kerana sebagai sebuah negara maju semua rakyatnya ada kerja . Jadi tak ada kerisauan sangat berada di Kota Seoul. Itulah untungnya kalau negara maju dan semua rakyatnya mempunyai kerja.. Tak lah mereka kalut nak cari duit dengan cara yang salah.

Satu-satunya masjid yang ada di Itaewoon
Letaknya diatas bukit. Jln ke masjid tst
berderetan kedai atau restoran halal ..
Antara makanan yang dihidangkan..
rasanya takada masalah nak makan 
kat Korea ni... 

Mungkin pada setengah orang datang ke Korea Selatan , makanan menjadi masalah.. jadi banyak bawa apa2 yg patut makanan dr Malaysia yang tahan lama.Bagi saya tak kisah sangat fasal makanan ini.  Banyak juga restoren yang hidang makanan halal. Kalau was2 makan yang bukan daging dan ayam.. makan seafood sahaja.. Dekat wilayah Itaewoon ada banyak restoren makanan halal, dan ada juga sebuah masjid diatas bukit disitu. Kebetulan rombongan kami sampai ke situ untuk lunch , hari Jumaat, maka merasalah juga sembahyang jumaat kat situ . Khutbah dalam bahasa inggeris. Segala macam bangsa dari seluruh dunia boleh dilihat disini.

Siput Abalone.. blh
makan mentah atau
rebus sahaja.rasanya
bagi saya tak begitu
menyelerakan walau
mahal harganya.
Orang Korea memang mementingkan aspek makanan, dan kimci adalah makanan wajib dihidangkan dalam setiap hidangan makanan mereka. Satu lagi makanan kegemaran mereka ialah Abalone Poridge... Abalone adalah sejenis siput yang diambil didasar laut. Ia dianggap makanan mewah kerana memang mahal. Saya ingat tentu rasanya enak. Bila rasa, tak karan langsung.. tak menyelerakan.. Mahal harganya mungkin kerana nak dapat susah didasar laut. Yang kutip pula ialah kaum wanita korea yang menyelam kedasar laut ..

Oklah rasanya terlajak tulis pula kali ini... Sebenarnya semasa saya menulis blog ini saya duduk di Dewan Undangan Negeri Kedah yang bersidang sehari suntuk sampai ke malam. Perbahasan mengenai Bajet Negeri Kedah Tahun 2015. Sambil-sambil itu saya dengar perbahasan itu juga sebagai maklumat yang berguna juga nanti dan taulah juga apa isu-isu dan masalah yang dibangkitkan oleh YB.  Yang mana berkaitan dengan jabatan saya akan diambil perhatian dan  tindakan susulan...Sambil-sambil mendengar perbahasan tersebut, jari-jari ni ligat mengetuk punat-punat laptop saya ni menjadi huruf-huruf yang boleh difahami.  Hasilnya inilah jadinya cerita saya ...

Panjang sangat ya... Lagi banyak saya menulis lagi kurang pula fakta apa yang diperkatakan, jadi cara terbagus ialah diam berhenti disini saja.. Bila panjang-panjang menulis dah mula terlupa apa yang ditulis. Biarkanlah... kelupaan adalah satu nikmat yang tidak ada tolok bandingnya pada manusia. Kalaulah kita tidak berupaya melupa hidup akan menjadi terlalu berat. Sebab itu budak-budak kecik hidup dengan riang ria... kita marah lagu manapun.. sat saja.. lepas tu mereka lupa dan kembali bermanja dengan kita...

Ok permisi dulu

Annyeonghi jumuseyo.. selamat malam
Dasibogi - Jumpa lagi..















Tuesday, November 22, 2011

SWISS DAN ITALI......... CATATAN PERJALANAN....

Catatan: Mohd Asri Redha

04.07.2011.... 12.00 t.mlm

Tunggu cerita lanjut saya nanti... sekarang waktu menaip ini saya berada di Air Port Changi, Singapura.. Sambil menunggu penerbangan lanjut ke Rome... Tengoklah nanti kalau dapat wi fi internet kat sana..bolehlah saya cerita pengalaman kat sana......Itali kata orang adalah negara yang glamour dengan jenama-jenama keluaran mereka yang terkenal. Kalau sebut buatan Itali sahaja tentunya tertanam produk yang dikeluarkan itu adalah bermutu tinggi dan berkualiti.. begitulah hebatnya jenama Itali yang sepatutnya kita perlu belajar bagaimana mereka mempopularkan produk mereka seanterio dunia bahawa produk mreka adalah terbaik.. Satu lagi ialah dunia bolasepaknya yang pernah mengungguli kejohonan bola sepak piala dunia dan mempunyai bintang-bintang bola sepak yang ternama.



9.00 pagi..5.7.11.. waktu Itali: Ok... sekarang saya berada di Rome.. baru saja sampai dan menginap di H10 Hotel..kira2 25 minit perjalanan dengan bas dari Roma Itali Air Port . . Memang meletihkan perjalanan selama lebih kurang 12 jam dari Cangi Air Port . Jarak dari Singapura ialah lebih kurang 6255 batu... perbedaan masa dengan Malaysia ialah 6 jam. Jadi kami sampai jam 1.26 tengahari waktu Malaysia iaitu 7.26 pagi waktu di Itali... Jadi sampai di Hotel kami breakfast sekali lagi.. Seperti biasalah duduk dinegeri orang nak dapat makanan halal memang masalah. Jadi makanlah apa yang patut seperti roti dan buahan yang ada.. Sebelah tray lagi tu banyak lah makanan yang haram kita makan

Okk. dah nak pergi makan tengahari ni nanti.. saya sambung lagi bila ada peluang.. susah juga nak dapat wifi free kat sini.. 

Hari ini aktiviti adalah melawat St Peters Basilica Rome iaitu yang dianggap sebagai tempat suci bagi orang Kristian seluruh dunia. Memang ramai betul. Lawatan hanya diluar sahajalah .. takkan nak masuk kut.. Tapi 'queu' untuk masuk ke dalam memang panjang.. rasanya lebih 1 km panjang. Kita hanya pergi tengok sahajalah bukan ada niat apa-apa.. sekadar nak tengok apa yang hebat sangat dengan tempat ini. Ada hari-hari tertentu Pope Agung mereka akan keluar menjenguk ke serambi bangunan tersebut sambil melambai-lambai tanganya. Pada waktu-waktu begini memang ramai penganut fanatik kristian akan menunggu diluar sana untuk melihat paderi kesayangan mereka itu


Saya juga berkesempatan melawat Colosseum, juga di sekitar Roma ini .. kalau kita selalu menyaksikan filem-filem purba Rome maka disinilah tempatnya.. sudah musnah sebahagiannya tapi dijaga elok oleh pemerintahnya dan memang tidak sah melawat \Rome jika tidak melawat ke sini. Memang hebat binaannya.. terutama teknologi purba yang digunakan untuk membina stadium terawal ini. Menjadi kesukaan Maharajanya dan rakyat melihat manusia atau para gladiatornya bertarung sesama sendiri ditengah gelanggang Colosseum itu hingga mati dan ada kalanya rakyatnya yang bersalah dikehendaki bertarung dengan haiwan-haiwan ganas... dan akhirnya menjadi habuan binatangnya.. Maharaja dan rakyat akan bersorak kegembiraan... Satu tempat lagi yang menjadi tarikan pelawat ialah di 'Trevi Fountain'.. Memang hebatlah kalau dilihat ukiran dan bangun
an yang penuh bersejarah ini... namun heran juga sampai sesak kawasan disitu seolah-olah macam pesta. Ada yang membaling duit didalam kolam air terjun buatan itu seolah-olah macam memohon sesuatu. Memang hebat tarikan tempat ini dan kita boleh lihat pelbagai ragam dan jenis manusia disini. Laku sungguh kedai-kedai cenderamata. Harga nampak macam murah tapi bila di tukar ke RM... ayo-ayo banyak mahal.... 1 Euro lebih kurang RM4.00. Air mineral 1 liter sahaja Euro 1. 

Keistimewaan bandar Rome ini ialah ianya penuh dengan tinggalan sejarah lama . Semua bangunannya memang menarik kerana dibuat dengan begitu teliti dan ukiran-ukiran yang mempunyai makna tersendiri dan dijaga oleh pemerentah dengan baik. Sebab itu tidak hairanlah Bandar Roma ini diiktiraf oleh UNESCO sebagai World Historical HeritageBandar ini menjadi lebih terkenal bila banyak penerbit filem telah memilemkan kisah-kisah kepahlawanan orang Rome ini dalam pelbagai tajuk dan tema filem mereka hingga ianya menjadi begitu menarik dan membikin orang untuk datang melihat sendiri apa sebenarnya ada di Roma ini. Terdapat beratus-ratus muzium di sini yang menonjolkan pelbagai budaya, sosial dan warisan orang Itali . Kalau hendak melawat ke semuanya memang tidak cukup setakat lawatan singkat sebegini. Kata orang citarasa orang Itali ini adalah tinggi.... mereka sentiasa menjaga imej diri dan penampilan serta perwatakan. Namun rasanya tak kut .. adalah sikit-sikit tapi taklah seperti mana yang kita tengok kat TV tu.. Bandarnya tidaklah elok sangat.. jalan sempit dan melalui lorong-lorong bangunan lama yang sempit. Kesesakan memang berlaku.. tapi di Roma ini banyak rakyatnya pakai skuter.. macam-macam skuter ada , tapi yang popularnya ialah Vespa .. Jenama mereka kalau tidak silap saya. Kebersihan tidaklah elok sangat..masih banyak sampah dibuang merata tempat sesuka hati... Kalau di KL barang-barang berjenama Itali diletak ditempat yang hebat dan di pusat membeli belah yang eksklusif.. tapi di Itali n.. jenama2 terkenal yang yang pernah saya dengar hanya dijual dikedai-kedai biasa aje dan tak nampak eksklusif pun....

Ok.. cukup dulu cerita hari ini. .. besok saya akan melawat PiSA... kalau kita bisa dengan Menara Condong Pisa.. maka disinilah tempatnya.. teruja nak tengok ni .macam mana keadaannya..

Hari ke 3, saya bersama rombongan ke Pisa untuk melawat Menara Condong Pisa yang terkenal itu. Perjalanan dengan bas melalui lebuh raya sejauh lebih 350 km dari Rome agak membosankan tapi melihat kepada keindahan kawasan-kawasan perkampungan dan ladang ladang bunga matahari, ladang jagung, ladang gandum dan ternakan lembu dan sekali sekali melintasi bandar-bandar sepanjang perjalanan sedikit sebanyak menghilangkan kebosanan. Memang canggih teknik pertanian yang digunakan dan penggunaan tanah secara maksima.

Memang terpegun melihat menara yang sebelum ini hanya dilihat dalam majallah dan TV aje. Hari ini terpampang didepan mata. Asalnya menara ini dibina untuk diletakkan loceng gereja , tapi pada separuh pembinaan bangunan ini didapati mulai condong. Namun diteruskan juga membina bangunan ini seperti yang ada sekarang ini. Memang condong betul.. Tak taulah macam mana ianya boleh bertahan sejak sekian lama… Sempat juga berposing disitu. Beribu-ribu orang datang melawat ke situ setiap hari.. Gerai-gerai disitu memang laku sungguh…. Harga jangan tanyalah… kalau ‘covert’ dlm RM memang mahallah…. Tak gamak nak beli.. tapi dah datang ke sini.. kenalah beli juga sedikit sebanyak.. Rasanya tak akan mai dah ke sini…

Hari seterusnya kami bermalam di Bandar Prato. Sebelum itu rombongan kami sempat melawat Bandar Florence. Bandar yang penuh dengan bangunan-bangunan lama yang bersejarah dan berukiran .. Itulah kehebatan orang Itali ini.. memang mereka amat mementingkan ketelitian dan kesenian dalam hal-hal pembinaan bangunan-bangunan. Banyak kedai-kedai yang menjual barangan berjenama Itali yang terkenal disini… Namun yang saya pelik sikit ialah diserata tempat dan dinding bangunan seindah manapun akan pasti terjumpa contengan cat-cat yang membawa maksud-maksud tertentu yang saya sendiri tidak faham.. perbuatan ini seolah-olah direstui pula…. Mungkin melepaskan perasaan kut atau memang hobi mereka macam tu..

Tidak sah kalau melawat Itali tidak pergi ke Venice. Dah lama dengar cerita kehebatan Venice ini sejak belajar sejarah Eropah masa di sekolah menengah lagi. Inilah peluang untuk melihat tempat yang dikatakan amat menarik ini apatahlah lagi dengan deretan bangunan-bangunan lama yang dibina di atas air laut. . Agaknya macammana jadinya kalau datang ombak tsunami….Sebelum ini saya bermatian-matian menyangkakan Bandar Venice ini terletak disebelah daratan. Rupanya ianya terletak di pulau dimana rombongan terpaksa menaiki feri dari daratan ke Pulau Venie Piazzale Roma. Memang unit tempat ini dengan bangunan-bangunan yang kelihatan antic dan warna yang pelbagai. Terlalu ramai pelancung yang datang ke sini. Aktiviti ekonomi memang rancak..ada pusat membeli belah dan aktiviti air menikmati sungai nya dengan mengayuh perahu gondola.. Di sini juga terdapat gereja-gereja yang begitu besar yang mungkin merupakan tarikan utama bagi orang Kristian datang ke sini. 

Kota Raya Milan terletak kira-kira 300 km dari Kota Venice. Kota ini amat terkenal dengan jenama-jenama popular dan ternama untuk kegunaan harian seperti pakaian, beg tangan, alat solek, minyak wangi dan sebagainya. Siapa yang tidak kenal ‘ feragamo’ , Vouiss Luitton, Bally, Bvlgari dan sebagainya. Semuanya ada dipamer dan dijual disini.. Saya hanya tengok dan lalu begitu sahajalah.. Barang berjenama tentunya harganya juga mahal.. Tapi kalau dibandingkan dengan di Malaysia.. rasanya lebih murah lagilah di Milan ini. Jadi kalau nak beli .. beli sajalah jangan dok kira sangat harganya… bukan boleh selalu datang disini.. Nanti kalau orang tanya beli 'kat' mana beg tangan tu.. bolehlah kata beli 'kat' Itali.. Kalau dari Itali orang tahu barangannya bermutu dan berkualiti.. begitulah orang kata..pandai sungguh orang Itali promo produk mereka keserata dunia.

Perjalanan menuju ke Swiss adalah perjalanan yang sungguh mengujakan. Selepas sahaja 'cruise' ditasik Como yang terletak berhampiran sempadan negara Swiss rombongan bertolak ke negara Swiss dan tempat tuju ialah di Interlaken Switzerland. Jaraknya melebihi 250 km. Mudah sahaja masuk ke negara yang terkenal kebebasan kewangan dimana banyak hartawan seluruh dunia membuka akaun bank di sini..perjalanan memang tidak membosankan. Tidak ada apa-apa pemeriksaanpun oleh Kastam dan Imigresennya.. Keindahan negara Swiss ini bagi saya memang tidak ada tolok bandingnya.. semua kawasan adalah macam resort.. cantik, bersih, nyaman dan damai. Perjalanan melalui berpuluh-puluh terowong dan yang terpanjang ialah lebih 25 km dengan diselang selikan dengan tasik-tasik yang membiru dengan berlatarbelakangkan gunung yang menghijau indah dan diselangseli pula gunung-gunung yang puncaknya diselaputi salji.. sungguh mengasyikkan. Nantilah saya akan ceritakan lagi akan tempat ini kerana esoknya saya akan naik kereta api untuk ke kemuncak tertinggi gunung di sini dan katanya suhunya teramatlah sejuk... tunggu ya.. kalau saya boleh dapat wifi kat situ saya akan tulis lagi......

Switzerland terkenal dengan sejarah pengeluaran jam-jam ternama seperti Swatch, Rolex, Certina, Titoni dan berpuluh jenama jam. Dimerata tempat dan kedai, jam-jam tangan ini dipromosikan dengan begitu hebat sekali.. dan sudah tentunya promo jenama mereka adalah terbaik sekali. Harganya biasalah memang ada yang terlalu mahal dan ada juga murah… pandai-pandailah pilih untuk beli yang mana berkenan.

Sebenarnya terdapat banyak tempat menarik yang sesuai dilawati terutama untuk melihat keindahan dan kecantikan alam semulajadinya. Di wilayah Jungfrau Swiss saya telah melawat The Aletsch Glacier..iatu glasier ais yang terpanjang dipergunungan Alps . Glasiar ini telah diiktiraf oleh Unesco sebagai salah satu daripada Taman Warisan Dunia. Untuk sampai ke kemuncaknya iaitu Jungfraujoch Top Of Europe setinggi 3454 meter pengunjung akan menaiki keretapi elektrik dan disambung pula dengan lif ke kemuncak. Di sini kesejukan yang teramat sangat hingga paras beku. Dikemuncak ini saya dapat melihat glasiar terpanjang itu yang sudah kekal lama beribu tahun dahulu.. Dalam perjalanan pulang sempat menikmati jamuan tengahari di Kleine Scheidegg yang terletak dilembah 2 gunung yang tinggi pada paras 2061 meter.

Pihak berkuasa Swiss sungguh bijak mengeksploitasikan keindahan alam semulajadinya untuk tujuan pelancungan dan mereka menyelenggara setiap kawasan pelancungan mereka dengan begitu baik. Namun pada saya tempat-tempat pelancungan dinegara-negara Eropah ini kurang dilawati oleh orang Asia biasa ini kerana kos hidupnya terlalu tinggi.. Bagi orang-orang biasa macam saya ini, rasanya memang tidak berkemampuan untuk datang sendiri melancung, lebih baik melawat negara-negara yang kos hidupnya lebih kurang dengan negara kita seperti Cina, Vietnam, Indonesia, India dan sebagainya.

Satu lagi tempat yang saya rasa amat menarik dan mengujakan dalam lawatan ini ialah ketika melawat Mountain Titlis. Ianya dikawasan pergunungan tinggi. Untuk pergi ke sana terpaksa menaiki 2 peringkat kereta kabel biasa dan disambung dengan kereta kabel Titlis Rotair (dikatakan kereta kabel berpusing pertama didunia). Dengan ketinggian melebihi 3 km, perjalanan ke atas melalui ladang ternakan lembu yang subur dan pemandangan yang indah. Kemuncak gunung ini sentiasa diselaputi salji dan saya berkesempatan untuk bermain salji disini, tapi tidak boleh lama, kerana tidak tahan dengan kesejukan yang melampau. Namun begitu memang pengalaman yang amat menarik disamping dapat menikmati makan tengahari diatas kemuncak gunung ini.

Jadi nampaknya pengembaraan kali menjadi amat menarik dengan perjalanan yang pelbagai melalui udara dengan kapalterbang, melalui laut dengan menaiki feri dan bot sampan, melalui atas udara dengan menaiki kereta kabel, melalui darat dengan menaiki bas dan menaiki keretapi elektrik. Di Switzerland dan Itali ini saya rasa sistem pengangkutan awam mereka adalah boleh dikatakan baik dan bersistematik. Jalan keretapi elektrik dan tram ada dimana saja yang menjadi tumpuan awam. Basnya yang panjang sungguh memudahkan pergerakan wargakotanya menjalankan urusan harian masing-masing. Di Itali lebih banyak menggunakan motorsikal skuter berbanding kereta, manakala di Swiss warga kotanya lebih suka menggunakan basikal saja untuk bersiar-siar dikota dan pergi ketempat kerja.

Apakah ini boleh kita laksanakan di Malaysia.. Mungkin perancangan secara lebih menyeluruh dan komprehensif perlu dirancangkan secara lebih drastic terutama perancangan jalan dan mengubah minda masyarakat kita supaya berfikir kearah lebih mesra alam sikit supaya jangan dipandang hina dan lekeh kalau seseorang itu pergi kerja menaiki basikal dan bermotosikal… apatah lagi kalau yang menunggang itu adalah pegawai atasan. Bagi saya tidak ada masalah kalau pergi kerja dengan basikal atau bermotosikal. Malahan ke pejabat dengan bermotosikal sudahpun saya amalkan sekali sekala sejak dulu lagi bila waktu-waktu yang sesuai. Disamping disiplin yang tinggi perlu ada pada setiap pengguna jalan raya.

Begitu juga dengan kebijaksanaan pemerentah mereka mengeksploitasi sepenuhnya sumber keindahan alam semulajadinya dan warisan sejarah tamadun negara mereka untuk tujuan pelancungan. Saya rasa sektor pelancongan mereka saja menyumbangkan berbilion Euro kepada mereka dengan kedatangan pelancongan yang datang begitu ramai sepanjang yang saya lihat dalam lawatan ini. Di negara kita masih banyak lagi alam semulajadi yang tidak kita eksploitasi sepenuhnya bagi menarik pelancung dan promosi yang kreatif.

Saya rasa pengalaman melawat negara berkenaan amat berguna sekali kepada saya yang tidak pernah melawat negara-negara Eropah ini. Kata orang perak sikit.. tak apalah 'perak' pun 'perak' lah. Terima kasih yang teramat sangat kepada Kerajaan Negeri yang membenarkan lawatan ini. Sudah lebih 26 tahun saya bekerja inilah satu-satunya lawatan kerja yang saya rasa amat berharga dan berguna pada diri saya. Saya amat menghargainya…

Dari lawatan ini barulah saya rasai sendiri akan perbedaan yang begitu nyata dengan negara kita dalam pelbagai aspek.. Melihat kepada disiplin diri mereka, mematuhi arahan-arahan pihak berkuasa mereka, mementingkan kualiti , menghormati orang, mementingkan kebersihan dan keindahan maka tidak hairanlah negara mereka boleh menjadi negara maju. Kehidupan mereka memang mewah . Nilai matawang mereka memang tinggi. Tamaddun mereka juga lebih awal sejak berkurun lamanya. Pokok pangkal kepada perubahan-perubahan yang mereka kecapi ini ialah terletak kepada sikap dan watak setiap individu rakyatnya. Walaupun mereka bukan Islam tetapi saya kagum dengan tahap kesedaran mereka yang tinggi dalam pelbagai aspek.

 Melihat kepada penggunaan tanah mereka sahaja saya sudah merasakan memang hebat. Tidak ada penerokaan haram tanah-tanah yang luas terbentang itu. Rumah-rumah mereka walau selekeh manapun sebahagian besarnya mesti ada lanskap yang elok dan bersih, dan ada bunga-bungaan lagi. Amat jarang terjumpa gerai-gerai tepi jalan yang menyakitkan mata memandang dan pengotor seperti yang terdapat disebahagian tempat di negara kita..

Semua rakyat kena patuh setiap arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Amat jauh sekali dengan ‘attitude’ dan cara orang kita menghormati undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Undang-undang yang ada dinegara kita sebenarnya lebih dari mencukupi… Sebab itulah kita gagal membentuk sebahagian kecil rakyat kita yang benar-benar menghormati undang-undang dan mempunyai tahap kesedaran yang tinggi terhadap alam sekitar, mementingkan kebersihan, keindahan atau kecantikan, menghormati perasaan orang lain dan sebagainya.Perbandingan yang kemukakan ini bukanlah bermaksud tidak ada orang seperti itu tapi amat kurang sekali.. Kalau adapun tenggelam begitu sahaja. Perbandingan yang saya buat ini juga bukannya bermaksud tidak ada yang baik pada masyarakat kita, banyak juga yang amat baik, dan bukannya tidak ada yang tidak baik pada orang Eropah seperti kebebasan seks dan moral mereka. Namun tidak salah rasanya kalau kita mengambil perkara-perkara yang baik yang ada pada mereka untuk kita tiru asalkan tidak bertentangan dengan agama.

Inilah cabaran besar yang perlu dihadapi oleh pegawai-pegawai kerajaan seperti saya dalam menguruskan sumber manusia. Lawatan ini memberi lebih semangat pada saya untuk meningkatkan lagi usaha kearah memperkasakan lagi negeri Kedah DA melalui usaha-usaha kreatif dan proaktif di jabatan yang saya terajui sekadar kudrat dan kemampuan yang ada.

Ok , ‘ sindore sindori’ jumpa lagi …ni mula dok teringat fasal kerja pula ni… dah ‘release tension’ .. masa dok taip ‘part’ terakhir ini saya dalam perjalanan pulang dari Zurich ke Singapura. ‘Boring’ duduk lama sangat sampai lebih 11 jam.. Tapi saya berpeluang menaiki kapal terbang penumpang yang terbesar dan terbaharu sekali Boeing A380-800 2 tingkat kepunyaan SIA yang boleh memuatkan 471 penumpang dan boleh ditingkatkan kepada 800 penumpang melalui pengubahsuaian dalaman. Bayangkanlah nak angkat pesawat ini berapa banyak kuasa jet yang perlu digunakan… satu ciptaan manusia yang amat mengkagumkan….

ok..itu saja kali nanti saya coret lagi.... boleh layari gambar-gambar pengembaraan saya ini dalam facebook saya ... klik saja di sini: http://www.facebook.com/asredha?sk=photos



asriredha
teratak kasih alor setar





Monday, October 25, 2010

ICUDM 2010 "Towards Sustainable Green Cities"

26.10.2010
PWTC, Kuala Lumpur

Hari ini saya menghadiri satu 'conference' peringkat internasional yang dikendalikan oleh INSPIN dengan kerjasama UTM. Bukan senang untuk menganjurkan persidangan besar seperti ini. Ianya memerlukan komitmen dan kesungguhan pihak penganjur untuk mengelolakan persidangan ini apatah lagi ianya bertaraf internasional. Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur dan AJK yang terlibat terutama sebahagian besarnya pegawai-pegawai KCS yang diketuai oleh YB Dato' Hj Mohd Puat b Mohd Ali, Pegawai Kewangan Negeri Kedah yang terlibat secara langsung dalam mengendalikan persidangan ini.

Ini membuktikan ada kalangan pegawai KCS yang benar-benar berkemampuan menguruskan sesuatu program peringkat nasional dan internasional. Program tersebut ialah ialah ' International Conference On Urban Development And Management 2010 (ICUDM 2010) yang diadakan selama 2 hari bermula dari 26.10.2010 hingga 27.10.2010 di Putra World Trade Centre Kuala Lumpur. Saya hadir sebagai peserta sahaja. Cumanya rakan-rakan KCS yang dijemput hadir agak kurang, walaupun segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Sepatutnya perlu hadir ke persidangan ini dalam usaha menambahkan lagi ilmu dan pengalaman yang boleh dijadikan panduan dan contoh dimana perlu di jabatan masing-masing disamping memberi sokongan kepada rakan-rakan yang bersusah payah mengelolakan persidangan ini.

Pelbagai topik dibincangkan yang merangkumi  isu-isu dan contoh-contoh terbaik dalam menguruskan pembangunan tanah dan pembangunan fizikal di Malaysia dengan mengambil contoh-contoh dari dalam dan luar negara. Antara topik-topik yang dibincangkan ialah berkenaan isu-isu tanah, pembangunan hartanah, pembangunan luar bandar, pengurusan dan pentadbiran tanah, isu-isu alam sekitar, perancangan pembangunan tanah, perancangan PBT, penilaian tanah, perundangan tanah dan PBT dan lain-lain yang berkaitan. Semua perbincangan dan cadangan adalah kearah 'Towards Sustainable Green City'. Bukan setakat pembangunan tanah sahaja dibincangkan tetapi pelbagai topik yang melibatkan apa-apa pembangunan perlu mengambil kira akan alam sekitar dan mesra alam.










Mengapakah isu-isu seperti ini amat diberi perhatian oleh ramai orang. Manusia sekarang ini semakin terdesak. Pembangunan berlaku dengan begitu pesat. Manusia semakin rakus dengan pelbagai aktiviti hingga mengabaikan pembangunan yang mapan...mengabaikan alam sekitar, mengabaikan kesejahteraan alam..Jenayah terlalu banyak sekarang ini. Sudah ada tanda-tanda mala petaka buruk yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Bumi sudah tidak lagi tenteram seperti dulu. Ais semakin cair dikhutub utara dan selatan, banjir tiba-tiba sahaja berlaku, gempa bumi berlaku dengan kerap sekali, ribut dan taufan kerap sangat melanda, tsunami menjadi ancaman bagi kawasan tanah rendah, hidupan laut semakin berkurangan, tanaman kurang menjadi, kebuluran merata tempat, sungai tidak lagi jernih seperti dulu, penyakit yang bermacam-macam semakin timbul dan segala macam perkara yang menakutkan berlaku sekarang ini. Semua ini memerlukan perhatian yang bersungguh-sungguh dari semua pihak untuk mengambil peranan masing untuk memastikan bumi yang kita duduki ini tidak meradang lagi. Allah S.W.T telah menjadikan bumi ini dalam keadaan yang baik.. Kehancuran dan kemusnahan bumi yang berlaku dan akan berlaku adalah disebabkan oleh manusia itu sendiri.

Saya ingin memberi pandangan bila mengikuti  sessi terakhir persidangan ini dimana diadakan pula Technical Session dimana panel yang berwibawa dijemput untuk membincangkan tajuk " A Review Of   National Land Code 1965 - Agenda For Reform". Pengerusi Sessi Teknikal ini ialah Dato' Hjh Che Barni Hj Mohd Noor...Rasanya hebat-hebat juga KCS ini  dalam mengulas dan menganalis hal-hal teknikal seperti ini dipersada nasional dan international....

Saya rasa sudah sampai masanya mereka yang terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran tanah diberi nafas baru dan diiktiraf sebagai satu profesion yang tersendiri. Malahan boleh dianggap profesional. Ini adalah kerana dalam pentadbiran dan pengurusan tanah ianya merangkumi pelbagai disiplin ilmu yang perlu diketahui. Dalam pentadbiran tanah ada hal berkaitan undang-undang. Berpuluh-puluh akta, undang-undang , pekeliling , garis panduan  dan keputusan exco ada dalam menguruskan tanah.  Dalam menguruskan tanah juga ada unsur-unsur penilaian tanah, perancangan bandar dan desa, pengukuran tanah,  pengurusan kewangan, pengurusan sumber manusia dan penguatkuasaan.

Semua ini memerlukan pegawai-pegawai yang benar-benar tahu dan mahir dalam menguruskan hal-hal tanah. Kalau sekadar ditempat setahun dua dalam jawatan sebagai pentadbir atau penolong pentadbir tanah belum tentu kita mendapat ilmu sepenuhnya dalam menguruskannya. Adalah bertepatan sekali pihak UTM telah menyediakan ruang yang cukup untuk melatih graduannya dalam bidang pentadbiran tanah. Seperti mana yang dipraktikkan di Malaysia pentadbiran tanah biasanya mempunyai 4 fungsi utama iaitu pemilikan tanah, penilaian tanah, penggunaan tanah dan pembangunan tanah. Keempat-empat fungsi ini memerlukan pelbagai kemahiran dalam pelbagai disiplin ilmu seperti yang saya sebutkan tadi iaitu perancangan bandar dan desa, penilaian hartanah, pengukuran tanah, teknologi maklumat, perakaunan kewangan, perundangan dan pengurusan sumber manusia.

Seorang yang memegang jawatan Pentadbir Tanah dan Penolong Pentadbir Tanah seharusnya ada semua disiplin ilmu tersebut sekurang-kurangnya secara asasnya dan mereka perlu profesional dalam tugas mereka. Lagi lama mereka bertugas dalam jawatan-jawatan sedemikian, lagi tinggi kemahiran dan pengalaman mereka dalam menguruskan tanah. Para ahli panel berpendapat bahawa sudah sampai waktunya jawatan-jawatan seperti ini diberi nafas baru. Pengurusan tanah pada masa kini dan akan datang semakin bertambah kompleks ditambah dengan penggunaan teknologi maklumat terkini.  Mungkin pegawai-pegawai tadbir yang ada sekarang ini dikekalkan dalam pentadbiran tanah sepanjang kerjaya mereka.. Tidak ada masalah dari segi peluang kerjaya kerana dalam pentadbiran tanah juga terdapat peluang-peluang kenaikan pangkat yang luas, cumanya mereka perlu duduk didalam pentadbiran tanah secara berterusan. Dengan cara ini barulah pegawai tersebut mahir sepenuhnya dalam pelbagai kompleksiti pentadbiran tanah yang semakin mencabar.

Saya akui sendiri sebenarnya pada masa ini tidak ada sesiapa yang benar-benar mahir dalam setiap aspek pentadbiran tanah kerana pegawai-pegawai yang ada silih berganti dengan jawatan yang kadang-kadang tidak berkenaan dengan tanah langsung. Ilmu yang diperolehi sepanjang dua atau tiga tahun dalam pentadbiran tanah tidakdapat dimanafaat dan dikembangkan sepenuhnya bila bertukar dan pegawai itu kembali ketinggalan perubahan-perubahan yang berlaku dalam pentadbiran tanah.

Saya sendiri 25 tahun yang lalu pernah bertugas di pejabat tanah selama 6 tahun, tapi bila masuk balik dalam pentadbiran tanah bermula tahun 2009, sudah ketinggalan banyak perkara, dan terpaksa belajar balik dari awal.   Hendak merujuk kepada siapa sayapun tidak tahu, kerana semuanya lebih kurang sama sahaja ilmua. Tidak ada yang betul-betul pakar dan mahir dalam pentadbiran tanah.

Satu perkara lagi yang dibahaskan ialah berkenaan dengan Kanun Tanah Negara. Adakah ianya masih releven dengan perubahan-perubahan yang berlaku sekarang ini... Banyak perubahan perlu dibuat terhadap KTN. Tidak dinafikan memang ada pindaan-pindaan telah dibuat terhadap KTN tapi ianya perlu lebih menyeluruh agar ianya lebih praktikal.. Itu pandangan ahli akademik. Apa pandangan ahli politik pula....ini tentunya menimbulkan sedikit polemik tentang keperluan pindaan KTN dalam bab-bab yang tertentu...  Soalnya saya rasa pihak KPTG perlu input dan cadangan dari pelbagai sumber dalam merangka bidang-bidang dan bahagian-bahagian yang perlu dibuat pindaan. Kalau setakat bercakap sahaja tanpa tampil memberi cadangan dan maklum balas secara lebih terperinci tidak ada maknanya....

Ok..rasanya itu sahaja komen saya, cakap banyak-banyak nanti melelong kelain tempat pula...saya ni bukannya orang akademik.. tidak ada  ilmu yang tinggi  apatah lagi ijazah sarjana sepertimana kawan-kawan yang lain yang ada 'masters' dalam bidang pengurusan tanah.....mengaji setakat cukup makan aje...



Friday, July 16, 2010

AUS

06.07.2010 6.00 ptg.. Sorry la.. hari ini saya menulis dari Air Port Changi Singapore. Bukannya ada apa 'boring' sangat dok tunggu kat sini sementara menanti pertukaran k/terbang ke Sydney, Australia. Turun saja kapalterbang dari Lapangan Terbang Kepala Batas terus nampak 'free terminal internet' .apa lagi terus terpa untuk taip apa-apa yang patut.

Sebenarnya saya dalam lawatan sambil belajar ke Sydney dan Canberra Australia anjuran Kerajaan Negeri Kedah.. Inilah julung-julung kalinya dalam tempoh 25 tahun saya bekerja dengan kerajaan negeri ditawarkan mengikuti rombongan rasmi ke luar negara..Seronok sangat.. walaupun dah lewat masa dah berbanding dengan kawan-kawan lain yang lebih junior yang ada yang merata dunia sudah lawat , tapi tidak apalah..itu rezeki mereka masing-masing. Kedudukan mereka ditempat kerja tertentu memungkinkan mereka dapat kerap melawat ke luar negara. Kalau saya yang sebahagian besar masa kerja saya hanya di daerah maka mungkin agak kurang sikit perhatian yang diberikan. Namun begitu saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang memilih saya untuk mengikuti rombongan LSB ke Australia ini. Insya Allah saya akan mengambil manafaat sepenuhnya dengan lawatan ke negeri orang ini dan yang mana baik kita buat contoh dan yang mana tidak elok kita jadikan sempadan.. bukan setakat nak melawat begitu sahaja....

ok.. kena berhenti disini dulu.. rupanya free takat 15 minit sahaja.. nanti saya sambung lagi

Suasana kehijauan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapore. Ada disediakan 'free internet' lagi untuk kemudahan pelancong. Walaupun hanya diberi masa 15 minit aje. KLIA patut ada kemudahan percuma ini.

Airport Changi ini memang cantik dan luas sekali.. Kalau nak 'shopping' dalam terminal ini sahaja pun dah cukup banyak...tapi itulah kena pakai kad kredit.. depa tidak mahu duit Malaysia...Saya berkenan sungguh dengan lanskap air port ini...dari segi seni bina bangunannya tidaklah hebat sangat berbanding dengan KLIA tapi cara mereka hiasi lanskap dalamannya patut kita contohi untuk semua airport kita yang ada. KLIA pun kena buat macam ini.. nampak kehijauan saja .. taklah nampak macam rumah batu sahaja..

Perjalanan dari Singapore ke Sydney mengambil masa selama lebih kurang 7-8 jam. Memang menjemukan. Nasib baiklah ada video kat kerusi...Nak tidor bukan boleh sangat.

Masa di Sydney ke depan 2 jam. Sampai di sini memang sejok sekali. Suhu antara 2 C hingga 15 C. Dalam perjalanan ke Hotel, kami dibawa ke Bondi Beach..Pantai yang amat cantik dan ombaknya begitu kuat. Kalau di Malaysia, memang tidak dibenarkan orang mandi tapi disini, ombak besar dan tinggi ini dibuat mainan aje bagi mereka terutama untuk peminat peluncur ombak. Rombongan kami melawat dulu ke Paddy's Market sementara menunggu untuk 'check in' kat Hotel yang amat berdekatan iaitu Hotel Rockford Hotel..Novotel, Sydney. Ada yang berhabis sakan kat Paddy's Market ini.

08.07.2010  :Program hari ini adalah melawat ke Zoo Featherdale Wildlife Park, Sydney, tidak jauh dari Bandaraya Sydney. Hajat saya pergi ke sini cuma nak tengok Kanggaroo dan Koala aje. yang lain tu tidak berapa nak minat kerana lebih kurang sama sahaja dimana-mana tempat.

Lepas tu pergi melawat Blue Mountain..suatu kawasan pelancongan pergunungan di barat Sydney yang telah diiktiraf sebagai salah satu dari warisan dunia. Aktiviti disini ialah menaiki 'scenic railway' dan 'scenic cableway' untuk melihat & menikmati keindahan kawasan pergunungan ini dan juga melawat lombong arang batu yang terletak di pergunungan tersebut. Lombong ini tinggalan lama dan masih ada kesan-kesannya.. Lombong ini menjulur jauh ke dalam bukit sejauh lebih 1 km. Terbayang macam manalah mereka bekerja didalam...yang sempat dan gelap gulitta itu dan nak sampai ke pintu masuk gua tu sikit punya susah.

ok sambong lagi... internet ini hanya bagi masa 20 minit sahaja

09.07.2010  :Lawatan hari ini ialah ke 'factory outlet' yang jauhnya kira-kira satu jam perjalanan dari hotel/Sydney. Katanya harganya adalah harga kilang dan barang berjenama lagi...seronoklah para rombongan yang pergi ke sana..rupanya walaupun dibuat potongan 50% hargapun masih lagi tinggi ...Mungkin bagi orang Australia harga ini macam durian runtuh...tapi tidak bagi kita orang Malaysia yang berbbelanja disini..so..kalau nak beli..beli sajalah..cari yang tidak ada di Malaysial...

Dalam perjalanan pulang sempat singgah disebuah masjid berdekatan Bersih aje masjid ini...tapi tandasnya masih juga tidak ada paip air. ada tisu aje..tidak tahulah macam mereka cuci najis mereka..


Penulis bersama para rombongan bergambar berlatarbelakangkan Sydney Opera House.

Tidak sah rasanya kalau datang ke Sydney jika tidak melawat Sydney Opera House yang dibina antara 1959 dan 1973. Opera House ini juga disenaraikan dalam 'World Heritage List' Setiap tahun dikatakan lebih 2,500 'performer' menunjukkan seni opera disitu selain ada dipentaskan muzik jazz, ballet, classical music , teater dan sebagainya.

Bertentangan dengan Sydney Opera House terbentang panjang Sydney Harbour Bridge yang sebahagian besarnya dibina dari besi keluli oleh rakyat tempatan. Ada setengah pelancong mengambil kesempatan mendaki dan berjalan diatas puncaknya yang tertinggi 134 meter.

10.07.2010  :Lawatan diteruskan ke Canberra. Ibu negara Australia. Perjalanan memakan masa hampir 4 jam..Sepanjang perjalanan hanya ladang-ladang lembu dan kambing biri-biri yang banyak dijumpai. Luas dan saujana mata memandang ladang mereka. Selain itu hutan kayu saja yang ada. Rugi juga program ke Ladang Ternakan Lembu/Kambing Biri2 tidak diatur. Teringin rasanya nak perah susu lembu atau nak cukur bulu biri-biri.

Lebuh raya mereka kalau dibandingkan dengan di Malaysia rasanya di Malaysia lebih baik cumanya tidak pasti kena tol atau tidak kerana tidak jumpapun pondok tol. Kalau tidak tol memang hebatlah negara ini, memang kaya betul. Tempat R & R mereka tidak sehebat di Malaysia...jadi kalau nak buang air dan sebagainya kenalah beratur panjang..sebab tidak banyak disediakan. Begitu juga kedai makan...tidak sebanyak dengan negara kita. Nak cari makanan benar-benar halal, jangan haraplah..pandai-pandailah pilih makanan kat restoran asal jangan terpilih 'kaki pendek' sudahlah. Tapi semua restoran yang kami makan pagi, t/hari dan malam kebanyakannya ada juga dihidangkan daging kaki pendek itu, atau kalau tidakpun ada disediakan arak. Tapi tidak ada sapapun yang 'LaN' walaupun baunya menyegitkan bila dimasak..kalau di Malaysia nak masuk dalam restoran yang disediakan daging itupun tidak berani nak hampir...Pandai-pandai pilih ambillah...walaupun kita sedari kemungkinan peralatan memasak dan pinggan mangkuk digunakan bersama.

Sebelum 'check in' hotel, rombongan makan tengahari di restoran India. Katanya ada sijil halal, tapi bila masuk dalam arak pun ada dijual..tapi makanannya cita rasa india...ada dengan roti nan dan nasi lagi serta kari... makan sajalah tunggu apa lagi....

Lepas tu pergi shopping kat Canberra ini. Masuk bandar Canberra ni tidak terasa masuk kerana tidak nampak bangunan tinggi-tinggi dan orangpun nampak tidak ramai dan kelam kabut macam kita masuk ke KL dan sebagainya. Billboard atau iklan sana sini, tidak nampak. Keadaannya aman, sejok sekali, dan tidak ada bising-bising....Harga barang-barangnya pun boleh tahan jugalah... memang mahal...tapi yang herannya kawan-kawan semakin galak berbelanja..sampai sudah ada yang beli beg tambahan.....

Kami menginap di Hotel Crowne Plaza Canberra, tidak jauh dari pusat membeli belah Canberra Centre. Nak tengok movie kat hotel kena bayar. Nak guna internet kat hotel pun ke bayar AUSS30.00..sehari. Mahal tu...


Hotel penginapan di Canberra sebelah sahaja dengan Casino bersambung bangunan..duduk kat negeri mat salleh ni iman kena kuat...silap-silap boleh hanyut...yalah macam-macam dugaan ada...tak sapa ambil tahu kalau nak buat apapun.

Tempat lawatan di Canberrra tidak banyak yang dapat dilakukan memandangkan kesuntukan masa. Menginap dihotel yang sebelahnya adalah Canberra Casino.Memang banyak casino di Australia ni. Hanya berkesempatan melawat 'Australian Parliament House' dan 'Australian War Memorial. Australian Parliment House dibina dengan tenaga manusia sejumlah 10,000 orang pekerja dan mengambil masa 8 tahun untuk disiapkan. Dikatakan perbelanjaan untuk membina kompleks ini berjumlah AUS$1.10 Billion. 90% bahan binaan bangunannya adalah dari Australia sendiri menunjukkan betapa taksubnya mereka dengan barangan tempatan mereka. Tapi rupanya ia masih dirasmikan oleh Ratu Queen Elizabeth II , England pada tahun 1988. Maknanya mereka masih berkiblatkan kepada England.

Bergambar kenangan di 'Australian War Memorial' Canberra. Dikatakan memorial perang yang terbaik didunia..


Australia mendakwa 'Australian War Memorial' mereka adalah memorial yang paling terbaik didunia. Cumanya ianya tidak serealiti sebenarnya. Banyak replika gambar-gambar serta senjata-senjata sebenar yang diguna. Rasanya Muzium Perang di Bayan Lepas, Penang kalau di'upgrade' kan lagi akan lebih hebat dan menarik kerana ia menggambarkan suasana tempat berperang dengan kubu sebenar yang masih ada. Melawat memorial ini dapatlah difahami dan diketahui akan sejarah peperangan dan perjuangan yang melibatkan tentera Australia ini sejak perang dunia pertama dan kedua. Terdapat juga kisah-kisah perjuangan mereka di Malaya pada waktu sebelum merdeka dulu.

Kami juga sempat melawat kawasan khas dimana semua kedutaan-kedutaan seluruh didunia ditempatkan disitu. Termasuklah Kedutaan Malaysia. Malangnya hari Ahad bercuti, maka tidak kesempatan untuk masuk ziarah kedutaan kita di situ, hanya berkesempatan bergambar dihadapan kedutaan.

Di Canberra hanya sempat semalam sahaja. Lepas tu terpaksa balik ke Sydney dan menginap dihotel lain pula. Pagi-pagi besoknya terpaksa berkejar ke 'Sydney Airport' untuk berangkat pulang.

Bertemu lagi..tapi kali ini dok menaip waktu transit kat airport ini sementara menanti kapalterbang selanjutnya ke Pulau Pinang. Jadi ada masa sikit , sambong tulis blog disini.

Sepanjang lawatan sambil belajar ini dapatlah sedikit sebanyak gambaran dan pengajaran yang boleh dijadikan contoh tauladan dan dipelajari. Antaranya saya dapati ialah sikap dan disiplin rakyatnya amat tinggi sekali. Bayangkan pemandu bas yang membawa kami dari Sydney ke Canberra selama lebih 4 jam dan balik membawa bas setakat kelajuan 100 km/jam sahaja. Lebih daripada itu mesti akan kena saman melalui sistem kamera yang dipasang ditempat-tempat tertentu juga dipasang pada kenderaan syarikat yang dilantik khas untuk sistem pengesanan kelajuan dan langgar peraturan jalanraya. Hukuman denda dan kompounnya memang tinggi dan keras. Sepatutnya ini dikuatkuasakan sepenuhnya di Malaysia. Undang-undang sudah ada dan cukup keras tapi penguatkuasaan agak kurang berkesan.

Sopan Santun..walaupun kita bisa mendengar orang Australia ini mereka begitu anti Orang Asia atau anti Islam namun secara keseluruhannya tidaklah begitu. Mereka amat menghormati orang lain..Perkataan 'sorry' dan 'thank you' sentiasa bermain dibibir mereka. Begitu juga dijalan raya sentiasa menghormati sesama pengguna jalan raya. Walaupun mereka bukan beragama Islam tapi, kita sebagai umat Islam sepatutnya lebih baik lagi....kerana ajaran agama kita amat menitikberatkan perasaan kasih sayang sesama insan.

Kebersihan memang diutamakan oleh mereka. Mungkin kerana negera mereka sejok kut. Itu sebab nampak bersih. Lebuhrayanya biasa saja. Kemudahan untuk 'public' amat berkurangan.,tetapi tidak ada tol dan dimana-mana tempat tandas awamnya adalah percuma, tapi tandasnya lebih bersih kalau dibandingkan dengan tandas di Malaysia walaupun kutip bayaran. Dari segi kemudahan leboh raya di Australia rasanya lebuhraya bertol di Malaysia adalah jauh lebih baik...

Bandaraya Canberra sebagai pusat pentadbiran negara Australia memang cantik dan terancang. Perancangan bandarnya memang terperinci dan mesra alam. Mungkin pada masa awalnya memang sudah dirancang begitu maka jadinya begitu dengan aktiviti penguatkuasaan segala aspek amat teliti dan keras. Jadi kalau hendak belajar berkenaan perancangan bandar elok mai ke Canberra. Kalau diperhati dari udara nampak bentok seluruh kawasan ini yang cukup cantik.

Berjalan di bandar-bandar Australia, rasanya aman dan selamat. Mungkin negara ini penduduknya berpendapatan tinggi. Kalau adapun jenayah dikatakan dilakukan oleh warga asing yang berada di Australia. Sebab itulah kita perlu meningkatkan pendapatan rakyat kita untuk memastikan semua rakyat hidup aman sejahtera dan kuranglah jenayah-jenayah...

Industri pertanian, penternakan, perikanan amat diberi perhatian berat oleh Kerajaan Australia. Mereka amat taksub dan sensitif dengan industri mereka. Sebab itu semasa rombongan kami masuk melalui Kastam mereka, kami diperiksa teliti apa yang dibawa. Fokus mereka untuk mencari kalau ada dibawa produk-produk yang berkaitan pertanian, haiwan, perikanan dan sebagainya masuk ke Australia. Kalau jumpa pasti akan diperiksa teliti lagi dan kemungkinan tidak dibenarkan bawa masuk...Ini adalah untuk memastikan industri mereka tidak terancam oleh bawaan penyakit luar, atau apa-apa unsur luar yang boleh merosakkan industri mereka. Sampai begitu sekali...kalau kita di CIQ sempadan rasanya kurang sangat diperiksa teliti begitu...

Ok...itu saja coretan perjalanan saya kali ini.. harap-harap ada rezeki lagi dapat pula tawaran lawatan ke Eropah, Timor Tengah , Korea, Jepun atau ke Amerika Syarikat..Teringin rasanya nak pergi ke situ. Dok dengar cerita orang sahaja.....

asriredha
teratak kasih
alor setar