Monday, October 25, 2010

ICUDM 2010 "Towards Sustainable Green Cities"

26.10.2010
PWTC, Kuala Lumpur

Hari ini saya menghadiri satu 'conference' peringkat internasional yang dikendalikan oleh INSPIN dengan kerjasama UTM. Bukan senang untuk menganjurkan persidangan besar seperti ini. Ianya memerlukan komitmen dan kesungguhan pihak penganjur untuk mengelolakan persidangan ini apatah lagi ianya bertaraf internasional. Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur dan AJK yang terlibat terutama sebahagian besarnya pegawai-pegawai KCS yang diketuai oleh YB Dato' Hj Mohd Puat b Mohd Ali, Pegawai Kewangan Negeri Kedah yang terlibat secara langsung dalam mengendalikan persidangan ini.

Ini membuktikan ada kalangan pegawai KCS yang benar-benar berkemampuan menguruskan sesuatu program peringkat nasional dan internasional. Program tersebut ialah ialah ' International Conference On Urban Development And Management 2010 (ICUDM 2010) yang diadakan selama 2 hari bermula dari 26.10.2010 hingga 27.10.2010 di Putra World Trade Centre Kuala Lumpur. Saya hadir sebagai peserta sahaja. Cumanya rakan-rakan KCS yang dijemput hadir agak kurang, walaupun segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Sepatutnya perlu hadir ke persidangan ini dalam usaha menambahkan lagi ilmu dan pengalaman yang boleh dijadikan panduan dan contoh dimana perlu di jabatan masing-masing disamping memberi sokongan kepada rakan-rakan yang bersusah payah mengelolakan persidangan ini.

Pelbagai topik dibincangkan yang merangkumi  isu-isu dan contoh-contoh terbaik dalam menguruskan pembangunan tanah dan pembangunan fizikal di Malaysia dengan mengambil contoh-contoh dari dalam dan luar negara. Antara topik-topik yang dibincangkan ialah berkenaan isu-isu tanah, pembangunan hartanah, pembangunan luar bandar, pengurusan dan pentadbiran tanah, isu-isu alam sekitar, perancangan pembangunan tanah, perancangan PBT, penilaian tanah, perundangan tanah dan PBT dan lain-lain yang berkaitan. Semua perbincangan dan cadangan adalah kearah 'Towards Sustainable Green City'. Bukan setakat pembangunan tanah sahaja dibincangkan tetapi pelbagai topik yang melibatkan apa-apa pembangunan perlu mengambil kira akan alam sekitar dan mesra alam.










Mengapakah isu-isu seperti ini amat diberi perhatian oleh ramai orang. Manusia sekarang ini semakin terdesak. Pembangunan berlaku dengan begitu pesat. Manusia semakin rakus dengan pelbagai aktiviti hingga mengabaikan pembangunan yang mapan...mengabaikan alam sekitar, mengabaikan kesejahteraan alam..Jenayah terlalu banyak sekarang ini. Sudah ada tanda-tanda mala petaka buruk yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Bumi sudah tidak lagi tenteram seperti dulu. Ais semakin cair dikhutub utara dan selatan, banjir tiba-tiba sahaja berlaku, gempa bumi berlaku dengan kerap sekali, ribut dan taufan kerap sangat melanda, tsunami menjadi ancaman bagi kawasan tanah rendah, hidupan laut semakin berkurangan, tanaman kurang menjadi, kebuluran merata tempat, sungai tidak lagi jernih seperti dulu, penyakit yang bermacam-macam semakin timbul dan segala macam perkara yang menakutkan berlaku sekarang ini. Semua ini memerlukan perhatian yang bersungguh-sungguh dari semua pihak untuk mengambil peranan masing untuk memastikan bumi yang kita duduki ini tidak meradang lagi. Allah S.W.T telah menjadikan bumi ini dalam keadaan yang baik.. Kehancuran dan kemusnahan bumi yang berlaku dan akan berlaku adalah disebabkan oleh manusia itu sendiri.

Saya ingin memberi pandangan bila mengikuti  sessi terakhir persidangan ini dimana diadakan pula Technical Session dimana panel yang berwibawa dijemput untuk membincangkan tajuk " A Review Of   National Land Code 1965 - Agenda For Reform". Pengerusi Sessi Teknikal ini ialah Dato' Hjh Che Barni Hj Mohd Noor...Rasanya hebat-hebat juga KCS ini  dalam mengulas dan menganalis hal-hal teknikal seperti ini dipersada nasional dan international....

Saya rasa sudah sampai masanya mereka yang terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran tanah diberi nafas baru dan diiktiraf sebagai satu profesion yang tersendiri. Malahan boleh dianggap profesional. Ini adalah kerana dalam pentadbiran dan pengurusan tanah ianya merangkumi pelbagai disiplin ilmu yang perlu diketahui. Dalam pentadbiran tanah ada hal berkaitan undang-undang. Berpuluh-puluh akta, undang-undang , pekeliling , garis panduan  dan keputusan exco ada dalam menguruskan tanah.  Dalam menguruskan tanah juga ada unsur-unsur penilaian tanah, perancangan bandar dan desa, pengukuran tanah,  pengurusan kewangan, pengurusan sumber manusia dan penguatkuasaan.

Semua ini memerlukan pegawai-pegawai yang benar-benar tahu dan mahir dalam menguruskan hal-hal tanah. Kalau sekadar ditempat setahun dua dalam jawatan sebagai pentadbir atau penolong pentadbir tanah belum tentu kita mendapat ilmu sepenuhnya dalam menguruskannya. Adalah bertepatan sekali pihak UTM telah menyediakan ruang yang cukup untuk melatih graduannya dalam bidang pentadbiran tanah. Seperti mana yang dipraktikkan di Malaysia pentadbiran tanah biasanya mempunyai 4 fungsi utama iaitu pemilikan tanah, penilaian tanah, penggunaan tanah dan pembangunan tanah. Keempat-empat fungsi ini memerlukan pelbagai kemahiran dalam pelbagai disiplin ilmu seperti yang saya sebutkan tadi iaitu perancangan bandar dan desa, penilaian hartanah, pengukuran tanah, teknologi maklumat, perakaunan kewangan, perundangan dan pengurusan sumber manusia.

Seorang yang memegang jawatan Pentadbir Tanah dan Penolong Pentadbir Tanah seharusnya ada semua disiplin ilmu tersebut sekurang-kurangnya secara asasnya dan mereka perlu profesional dalam tugas mereka. Lagi lama mereka bertugas dalam jawatan-jawatan sedemikian, lagi tinggi kemahiran dan pengalaman mereka dalam menguruskan tanah. Para ahli panel berpendapat bahawa sudah sampai waktunya jawatan-jawatan seperti ini diberi nafas baru. Pengurusan tanah pada masa kini dan akan datang semakin bertambah kompleks ditambah dengan penggunaan teknologi maklumat terkini.  Mungkin pegawai-pegawai tadbir yang ada sekarang ini dikekalkan dalam pentadbiran tanah sepanjang kerjaya mereka.. Tidak ada masalah dari segi peluang kerjaya kerana dalam pentadbiran tanah juga terdapat peluang-peluang kenaikan pangkat yang luas, cumanya mereka perlu duduk didalam pentadbiran tanah secara berterusan. Dengan cara ini barulah pegawai tersebut mahir sepenuhnya dalam pelbagai kompleksiti pentadbiran tanah yang semakin mencabar.

Saya akui sendiri sebenarnya pada masa ini tidak ada sesiapa yang benar-benar mahir dalam setiap aspek pentadbiran tanah kerana pegawai-pegawai yang ada silih berganti dengan jawatan yang kadang-kadang tidak berkenaan dengan tanah langsung. Ilmu yang diperolehi sepanjang dua atau tiga tahun dalam pentadbiran tanah tidakdapat dimanafaat dan dikembangkan sepenuhnya bila bertukar dan pegawai itu kembali ketinggalan perubahan-perubahan yang berlaku dalam pentadbiran tanah.

Saya sendiri 25 tahun yang lalu pernah bertugas di pejabat tanah selama 6 tahun, tapi bila masuk balik dalam pentadbiran tanah bermula tahun 2009, sudah ketinggalan banyak perkara, dan terpaksa belajar balik dari awal.   Hendak merujuk kepada siapa sayapun tidak tahu, kerana semuanya lebih kurang sama sahaja ilmua. Tidak ada yang betul-betul pakar dan mahir dalam pentadbiran tanah.

Satu perkara lagi yang dibahaskan ialah berkenaan dengan Kanun Tanah Negara. Adakah ianya masih releven dengan perubahan-perubahan yang berlaku sekarang ini... Banyak perubahan perlu dibuat terhadap KTN. Tidak dinafikan memang ada pindaan-pindaan telah dibuat terhadap KTN tapi ianya perlu lebih menyeluruh agar ianya lebih praktikal.. Itu pandangan ahli akademik. Apa pandangan ahli politik pula....ini tentunya menimbulkan sedikit polemik tentang keperluan pindaan KTN dalam bab-bab yang tertentu...  Soalnya saya rasa pihak KPTG perlu input dan cadangan dari pelbagai sumber dalam merangka bidang-bidang dan bahagian-bahagian yang perlu dibuat pindaan. Kalau setakat bercakap sahaja tanpa tampil memberi cadangan dan maklum balas secara lebih terperinci tidak ada maknanya....

Ok..rasanya itu sahaja komen saya, cakap banyak-banyak nanti melelong kelain tempat pula...saya ni bukannya orang akademik.. tidak ada  ilmu yang tinggi  apatah lagi ijazah sarjana sepertimana kawan-kawan yang lain yang ada 'masters' dalam bidang pengurusan tanah.....mengaji setakat cukup makan aje...



Friday, July 16, 2010

AUS

06.07.2010 6.00 ptg.. Sorry la.. hari ini saya menulis dari Air Port Changi Singapore. Bukannya ada apa 'boring' sangat dok tunggu kat sini sementara menanti pertukaran k/terbang ke Sydney, Australia. Turun saja kapalterbang dari Lapangan Terbang Kepala Batas terus nampak 'free terminal internet' .apa lagi terus terpa untuk taip apa-apa yang patut.

Sebenarnya saya dalam lawatan sambil belajar ke Sydney dan Canberra Australia anjuran Kerajaan Negeri Kedah.. Inilah julung-julung kalinya dalam tempoh 25 tahun saya bekerja dengan kerajaan negeri ditawarkan mengikuti rombongan rasmi ke luar negara..Seronok sangat.. walaupun dah lewat masa dah berbanding dengan kawan-kawan lain yang lebih junior yang ada yang merata dunia sudah lawat , tapi tidak apalah..itu rezeki mereka masing-masing. Kedudukan mereka ditempat kerja tertentu memungkinkan mereka dapat kerap melawat ke luar negara. Kalau saya yang sebahagian besar masa kerja saya hanya di daerah maka mungkin agak kurang sikit perhatian yang diberikan. Namun begitu saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang memilih saya untuk mengikuti rombongan LSB ke Australia ini. Insya Allah saya akan mengambil manafaat sepenuhnya dengan lawatan ke negeri orang ini dan yang mana baik kita buat contoh dan yang mana tidak elok kita jadikan sempadan.. bukan setakat nak melawat begitu sahaja....

ok.. kena berhenti disini dulu.. rupanya free takat 15 minit sahaja.. nanti saya sambung lagi

Suasana kehijauan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapore. Ada disediakan 'free internet' lagi untuk kemudahan pelancong. Walaupun hanya diberi masa 15 minit aje. KLIA patut ada kemudahan percuma ini.

Airport Changi ini memang cantik dan luas sekali.. Kalau nak 'shopping' dalam terminal ini sahaja pun dah cukup banyak...tapi itulah kena pakai kad kredit.. depa tidak mahu duit Malaysia...Saya berkenan sungguh dengan lanskap air port ini...dari segi seni bina bangunannya tidaklah hebat sangat berbanding dengan KLIA tapi cara mereka hiasi lanskap dalamannya patut kita contohi untuk semua airport kita yang ada. KLIA pun kena buat macam ini.. nampak kehijauan saja .. taklah nampak macam rumah batu sahaja..

Perjalanan dari Singapore ke Sydney mengambil masa selama lebih kurang 7-8 jam. Memang menjemukan. Nasib baiklah ada video kat kerusi...Nak tidor bukan boleh sangat.

Masa di Sydney ke depan 2 jam. Sampai di sini memang sejok sekali. Suhu antara 2 C hingga 15 C. Dalam perjalanan ke Hotel, kami dibawa ke Bondi Beach..Pantai yang amat cantik dan ombaknya begitu kuat. Kalau di Malaysia, memang tidak dibenarkan orang mandi tapi disini, ombak besar dan tinggi ini dibuat mainan aje bagi mereka terutama untuk peminat peluncur ombak. Rombongan kami melawat dulu ke Paddy's Market sementara menunggu untuk 'check in' kat Hotel yang amat berdekatan iaitu Hotel Rockford Hotel..Novotel, Sydney. Ada yang berhabis sakan kat Paddy's Market ini.

08.07.2010  :Program hari ini adalah melawat ke Zoo Featherdale Wildlife Park, Sydney, tidak jauh dari Bandaraya Sydney. Hajat saya pergi ke sini cuma nak tengok Kanggaroo dan Koala aje. yang lain tu tidak berapa nak minat kerana lebih kurang sama sahaja dimana-mana tempat.

Lepas tu pergi melawat Blue Mountain..suatu kawasan pelancongan pergunungan di barat Sydney yang telah diiktiraf sebagai salah satu dari warisan dunia. Aktiviti disini ialah menaiki 'scenic railway' dan 'scenic cableway' untuk melihat & menikmati keindahan kawasan pergunungan ini dan juga melawat lombong arang batu yang terletak di pergunungan tersebut. Lombong ini tinggalan lama dan masih ada kesan-kesannya.. Lombong ini menjulur jauh ke dalam bukit sejauh lebih 1 km. Terbayang macam manalah mereka bekerja didalam...yang sempat dan gelap gulitta itu dan nak sampai ke pintu masuk gua tu sikit punya susah.

ok sambong lagi... internet ini hanya bagi masa 20 minit sahaja

09.07.2010  :Lawatan hari ini ialah ke 'factory outlet' yang jauhnya kira-kira satu jam perjalanan dari hotel/Sydney. Katanya harganya adalah harga kilang dan barang berjenama lagi...seronoklah para rombongan yang pergi ke sana..rupanya walaupun dibuat potongan 50% hargapun masih lagi tinggi ...Mungkin bagi orang Australia harga ini macam durian runtuh...tapi tidak bagi kita orang Malaysia yang berbbelanja disini..so..kalau nak beli..beli sajalah..cari yang tidak ada di Malaysial...

Dalam perjalanan pulang sempat singgah disebuah masjid berdekatan Bersih aje masjid ini...tapi tandasnya masih juga tidak ada paip air. ada tisu aje..tidak tahulah macam mereka cuci najis mereka..


Penulis bersama para rombongan bergambar berlatarbelakangkan Sydney Opera House.

Tidak sah rasanya kalau datang ke Sydney jika tidak melawat Sydney Opera House yang dibina antara 1959 dan 1973. Opera House ini juga disenaraikan dalam 'World Heritage List' Setiap tahun dikatakan lebih 2,500 'performer' menunjukkan seni opera disitu selain ada dipentaskan muzik jazz, ballet, classical music , teater dan sebagainya.

Bertentangan dengan Sydney Opera House terbentang panjang Sydney Harbour Bridge yang sebahagian besarnya dibina dari besi keluli oleh rakyat tempatan. Ada setengah pelancong mengambil kesempatan mendaki dan berjalan diatas puncaknya yang tertinggi 134 meter.

10.07.2010  :Lawatan diteruskan ke Canberra. Ibu negara Australia. Perjalanan memakan masa hampir 4 jam..Sepanjang perjalanan hanya ladang-ladang lembu dan kambing biri-biri yang banyak dijumpai. Luas dan saujana mata memandang ladang mereka. Selain itu hutan kayu saja yang ada. Rugi juga program ke Ladang Ternakan Lembu/Kambing Biri2 tidak diatur. Teringin rasanya nak perah susu lembu atau nak cukur bulu biri-biri.

Lebuh raya mereka kalau dibandingkan dengan di Malaysia rasanya di Malaysia lebih baik cumanya tidak pasti kena tol atau tidak kerana tidak jumpapun pondok tol. Kalau tidak tol memang hebatlah negara ini, memang kaya betul. Tempat R & R mereka tidak sehebat di Malaysia...jadi kalau nak buang air dan sebagainya kenalah beratur panjang..sebab tidak banyak disediakan. Begitu juga kedai makan...tidak sebanyak dengan negara kita. Nak cari makanan benar-benar halal, jangan haraplah..pandai-pandailah pilih makanan kat restoran asal jangan terpilih 'kaki pendek' sudahlah. Tapi semua restoran yang kami makan pagi, t/hari dan malam kebanyakannya ada juga dihidangkan daging kaki pendek itu, atau kalau tidakpun ada disediakan arak. Tapi tidak ada sapapun yang 'LaN' walaupun baunya menyegitkan bila dimasak..kalau di Malaysia nak masuk dalam restoran yang disediakan daging itupun tidak berani nak hampir...Pandai-pandai pilih ambillah...walaupun kita sedari kemungkinan peralatan memasak dan pinggan mangkuk digunakan bersama.

Sebelum 'check in' hotel, rombongan makan tengahari di restoran India. Katanya ada sijil halal, tapi bila masuk dalam arak pun ada dijual..tapi makanannya cita rasa india...ada dengan roti nan dan nasi lagi serta kari... makan sajalah tunggu apa lagi....

Lepas tu pergi shopping kat Canberra ini. Masuk bandar Canberra ni tidak terasa masuk kerana tidak nampak bangunan tinggi-tinggi dan orangpun nampak tidak ramai dan kelam kabut macam kita masuk ke KL dan sebagainya. Billboard atau iklan sana sini, tidak nampak. Keadaannya aman, sejok sekali, dan tidak ada bising-bising....Harga barang-barangnya pun boleh tahan jugalah... memang mahal...tapi yang herannya kawan-kawan semakin galak berbelanja..sampai sudah ada yang beli beg tambahan.....

Kami menginap di Hotel Crowne Plaza Canberra, tidak jauh dari pusat membeli belah Canberra Centre. Nak tengok movie kat hotel kena bayar. Nak guna internet kat hotel pun ke bayar AUSS30.00..sehari. Mahal tu...


Hotel penginapan di Canberra sebelah sahaja dengan Casino bersambung bangunan..duduk kat negeri mat salleh ni iman kena kuat...silap-silap boleh hanyut...yalah macam-macam dugaan ada...tak sapa ambil tahu kalau nak buat apapun.

Tempat lawatan di Canberrra tidak banyak yang dapat dilakukan memandangkan kesuntukan masa. Menginap dihotel yang sebelahnya adalah Canberra Casino.Memang banyak casino di Australia ni. Hanya berkesempatan melawat 'Australian Parliament House' dan 'Australian War Memorial. Australian Parliment House dibina dengan tenaga manusia sejumlah 10,000 orang pekerja dan mengambil masa 8 tahun untuk disiapkan. Dikatakan perbelanjaan untuk membina kompleks ini berjumlah AUS$1.10 Billion. 90% bahan binaan bangunannya adalah dari Australia sendiri menunjukkan betapa taksubnya mereka dengan barangan tempatan mereka. Tapi rupanya ia masih dirasmikan oleh Ratu Queen Elizabeth II , England pada tahun 1988. Maknanya mereka masih berkiblatkan kepada England.

Bergambar kenangan di 'Australian War Memorial' Canberra. Dikatakan memorial perang yang terbaik didunia..


Australia mendakwa 'Australian War Memorial' mereka adalah memorial yang paling terbaik didunia. Cumanya ianya tidak serealiti sebenarnya. Banyak replika gambar-gambar serta senjata-senjata sebenar yang diguna. Rasanya Muzium Perang di Bayan Lepas, Penang kalau di'upgrade' kan lagi akan lebih hebat dan menarik kerana ia menggambarkan suasana tempat berperang dengan kubu sebenar yang masih ada. Melawat memorial ini dapatlah difahami dan diketahui akan sejarah peperangan dan perjuangan yang melibatkan tentera Australia ini sejak perang dunia pertama dan kedua. Terdapat juga kisah-kisah perjuangan mereka di Malaya pada waktu sebelum merdeka dulu.

Kami juga sempat melawat kawasan khas dimana semua kedutaan-kedutaan seluruh didunia ditempatkan disitu. Termasuklah Kedutaan Malaysia. Malangnya hari Ahad bercuti, maka tidak kesempatan untuk masuk ziarah kedutaan kita di situ, hanya berkesempatan bergambar dihadapan kedutaan.

Di Canberra hanya sempat semalam sahaja. Lepas tu terpaksa balik ke Sydney dan menginap dihotel lain pula. Pagi-pagi besoknya terpaksa berkejar ke 'Sydney Airport' untuk berangkat pulang.

Bertemu lagi..tapi kali ini dok menaip waktu transit kat airport ini sementara menanti kapalterbang selanjutnya ke Pulau Pinang. Jadi ada masa sikit , sambong tulis blog disini.

Sepanjang lawatan sambil belajar ini dapatlah sedikit sebanyak gambaran dan pengajaran yang boleh dijadikan contoh tauladan dan dipelajari. Antaranya saya dapati ialah sikap dan disiplin rakyatnya amat tinggi sekali. Bayangkan pemandu bas yang membawa kami dari Sydney ke Canberra selama lebih 4 jam dan balik membawa bas setakat kelajuan 100 km/jam sahaja. Lebih daripada itu mesti akan kena saman melalui sistem kamera yang dipasang ditempat-tempat tertentu juga dipasang pada kenderaan syarikat yang dilantik khas untuk sistem pengesanan kelajuan dan langgar peraturan jalanraya. Hukuman denda dan kompounnya memang tinggi dan keras. Sepatutnya ini dikuatkuasakan sepenuhnya di Malaysia. Undang-undang sudah ada dan cukup keras tapi penguatkuasaan agak kurang berkesan.

Sopan Santun..walaupun kita bisa mendengar orang Australia ini mereka begitu anti Orang Asia atau anti Islam namun secara keseluruhannya tidaklah begitu. Mereka amat menghormati orang lain..Perkataan 'sorry' dan 'thank you' sentiasa bermain dibibir mereka. Begitu juga dijalan raya sentiasa menghormati sesama pengguna jalan raya. Walaupun mereka bukan beragama Islam tapi, kita sebagai umat Islam sepatutnya lebih baik lagi....kerana ajaran agama kita amat menitikberatkan perasaan kasih sayang sesama insan.

Kebersihan memang diutamakan oleh mereka. Mungkin kerana negera mereka sejok kut. Itu sebab nampak bersih. Lebuhrayanya biasa saja. Kemudahan untuk 'public' amat berkurangan.,tetapi tidak ada tol dan dimana-mana tempat tandas awamnya adalah percuma, tapi tandasnya lebih bersih kalau dibandingkan dengan tandas di Malaysia walaupun kutip bayaran. Dari segi kemudahan leboh raya di Australia rasanya lebuhraya bertol di Malaysia adalah jauh lebih baik...

Bandaraya Canberra sebagai pusat pentadbiran negara Australia memang cantik dan terancang. Perancangan bandarnya memang terperinci dan mesra alam. Mungkin pada masa awalnya memang sudah dirancang begitu maka jadinya begitu dengan aktiviti penguatkuasaan segala aspek amat teliti dan keras. Jadi kalau hendak belajar berkenaan perancangan bandar elok mai ke Canberra. Kalau diperhati dari udara nampak bentok seluruh kawasan ini yang cukup cantik.

Berjalan di bandar-bandar Australia, rasanya aman dan selamat. Mungkin negara ini penduduknya berpendapatan tinggi. Kalau adapun jenayah dikatakan dilakukan oleh warga asing yang berada di Australia. Sebab itulah kita perlu meningkatkan pendapatan rakyat kita untuk memastikan semua rakyat hidup aman sejahtera dan kuranglah jenayah-jenayah...

Industri pertanian, penternakan, perikanan amat diberi perhatian berat oleh Kerajaan Australia. Mereka amat taksub dan sensitif dengan industri mereka. Sebab itu semasa rombongan kami masuk melalui Kastam mereka, kami diperiksa teliti apa yang dibawa. Fokus mereka untuk mencari kalau ada dibawa produk-produk yang berkaitan pertanian, haiwan, perikanan dan sebagainya masuk ke Australia. Kalau jumpa pasti akan diperiksa teliti lagi dan kemungkinan tidak dibenarkan bawa masuk...Ini adalah untuk memastikan industri mereka tidak terancam oleh bawaan penyakit luar, atau apa-apa unsur luar yang boleh merosakkan industri mereka. Sampai begitu sekali...kalau kita di CIQ sempadan rasanya kurang sangat diperiksa teliti begitu...

Ok...itu saja coretan perjalanan saya kali ini.. harap-harap ada rezeki lagi dapat pula tawaran lawatan ke Eropah, Timor Tengah , Korea, Jepun atau ke Amerika Syarikat..Teringin rasanya nak pergi ke situ. Dok dengar cerita orang sahaja.....

asriredha
teratak kasih
alor setar

Friday, May 28, 2010

The Royal Kedah International Hot Air Balloon Festival 2010

28 Mei 2010
Taman Jubli Emas
Suka Menanti

Perasmian Festival Belon Udara Panas disempurnakan oleh KBDYMM Tuanku Sultan Kedah DA.
Setahu saya inilah julung kalinya dalam sejarah di Kedah..festival ini diadakan di Bandaraya Alor Setar ini..Selama ini aktiviti seperti ini hanya ada kat kota raya besar-besar sahaja.. Inilah peluang orang Kedah untuk melihat sendiri apa itu Belon Udara Panas secara nyata, malahan berkesempatan boleh naik lagi dengan Belon Udara Panas itu...itupun kalau tidak 'gayat'..

Friday, April 30, 2010

Royal Heritage Trail...

Menara Alor Setar: 30 April 2010

Melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh mana-mana organisasi adalah merupakan satu usaha yang murni dan perlu diamalkan oleh setiap orang. Bayangkanlah bila penganjur mengadakan sesuatu aktiviti tetapi tidak ada pula atau kurangnya penglibatan orang ramai.. maka sudah tentu tidak meriah jadinya majlis itu. Bayangkan betapa mesyuarat demi mesyuarat diatur untuk menguruskan sesuatu aktiviti tetapi orang ramai tidak melibatkan diri pada hari aktiviti diadakan..tentu kecewa jadinya pihak tuan rumah. Kalau kita sendiri jadi tuan rumah, adakah kita mahu perkara sebegitu berlaku?..sudah tentu tidak.

Sebab itu saya sentiasa menghargai akan usaha-usaha mana-mana jabatan atau organisasi yang mengadakan apa-apa program aktiviti kemasyarakatan, aktiviti promosi sukan/pelancongan, dan sebagainya yang melibatkan penglibatan orang ramai. Menjadi satu kepuasan kepada saya jika dapat menyertainya. kalau melibatkan aktiviti fizikal saya menganggapnya sebagai untuk kesihatan.. Tak gamak rasanya untuk tidak hadir dan tidak mengambil bahagian dalam program..apatahlah jika kita dijemput. kecualilah jika ada urusan-urusan yang lebih penting yang tidak dapat dielakkan.

Selain mengambil bahagian kita dapat juga faedah dari segi kesihatan dan pergaulan sosial yang lebih baik...Kalau dijemput kemajlis-majlis agama sekurangnya kita menghormati jemputan penganjur selain kita sendiri akan mendapat pahala yang melimpah ruah kerana menghadiri majlis-majlis agama apatah lagi jika diadakan dirumah Ibadat...Kalau pegawai kerajaan dan ada jemputan rasmi.. boleh 'claim' lagi. Tu pun masih lagi sepi bagi majlis-majlis berkaitan keagamaan... Awatlah susah sangat.

Jadi kita kena sentiasa berpandangan positif dalam apa-apa aktiviti yang orang/ organisasi anjurkan...Jangan kita memandang serong dan berprasangka tidak baik akan apa yang dibuat. Barulah hidup ini akan aman dan tenteram.. tak gitu..

Tadi itu 'intro' aje. Ni nak cerita saya pergi hadiri Program 'Royal Heritage Trail' pagi tadi. Program ini adalah anjuran Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah/Kerajaan Negeri Kedah. Program ini adalah berbasikal bermula dari Menara Alor Setar mengelilingi Bandaraya Alor Setar ini dan tumpuan ke tempat-tempat pelancongan seperti di Balai Seni/Masjid Zahir, Tanjong Chali, Pekan Rabu, Menara Alor Setar dan lain-lain tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancong. Sayapun tumpang sekaki kayuh basikal bersama Abu Zareem (anak) lebih kurang 6 km aje. Tidak berapa nak peloh... Lepas ni kena cadang bagi jauh sikit jaraknya seperti ke Gunung Keriang.. baru karan.

Kayuhan ini diketuai oleh YTM Tunku Panglima Besar Tunku Puteri Intan Safinaz bt KBDYM Tunku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Diiringi bersama oleh Kumpulan Basikal Gerek Tua Alor Setar, beberapa orang VIP, Remaja-Remaja dan juga motosikal klasik..Tujuan utama program ini adalah untuk mempromosikan produk-produk pelancongan yang menarik di Bandaraya Alor Setar ini.

untuk kembali ke blog indok: 'click' di sinihttp://www.semangatjati.blogspot.com

Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman
Teratak Kasih
Alor Setar

Saturday, April 17, 2010

TUKAR OPIS SAJA

Pejabat Tanah Sik: 31.03.2010

Hari ini semua kakitangan saya sama-sama menyumbangkan tenaga dan kewangan untuk mengadakan majlis meraikan pertukaran kakitangan pejabat ini. Jabatan kehilangan seorang pegawai kanan yang berpengalaman luas iaitu en. Shaharudin ..Penolong Pegawai Tanah Kanan yang ditukarkan ke Pejabat Tanah Sik. Pegawai yang terlibat dalam pertukaran ini ialah Cik Siti Zubaidah Penolong Pegawai Tanah yang diarah bertugas di Pejabat PTG. Jabatan juga kehilangan seorang lagi Pembantu Tadbir yang kecil molek dan rajin iaitu Cik Nadhirah yang mendapat tawaran jawatan Pembantu Tadbir (Tetap) di Putrajaya.


Dok kerumun ramai-ramai sebelum jamuan makan tengahari


Keluarnya mereka bertiga ini merupakan kehilangan yang amat terasa oleh jabatan ini apatah lagi pertukaran en Shaharudin PPT Kanan tidak diganti manakala Cik Nadhirah tidak ada pengganti juga...Ini sedikit sebanyak telah menganggui kelancaran operasi jabatan ini dalam usaha untuk meningkatkan hasil pendapatan kerajaan melalui kutipan hasil tanah.

Sudah pasti prestasi terjejas kerana agihan tugas yang tidak seimbang dan kemampuan untuk bertindak lebih agresif adalah agak terbatas,. Diharap pihak yang bertanggungjawab terutama di Bahagian Sumber Manusia, Pejabat SUK dapat melihat ini secara serious kerana pada satu ketika jabatan diminta meningkatkan lagi usaha untuk mengutip hasil-hasil tanah tetapi pada masa yang sama jabatan dihalangi melalui kekurangan sumber manusia yang sememangnya sebelum inipun sudah begitu kekurangan.

Pentadbir Tanah Daerah Sik ..Mohd Asri Redha dan PPTD bergambar kenangan bersama kakitangan yang terlibat.

alam tahun ini juga ada 4 orang kakitangan tetap jabatan ini akan berpencen. Tau dah berdasarkan amalan sebelum nak isi tempat yang dikosongkan tu mengambil masa yang panjang juga. Harap-harap tidak jadi macam tu tahun.

Tak taulah macam mana nak 'run' jabatan ini untuk mencapai segala kehendak pelbagai pelanggan agensi yang sentiasa mahukan perkhidmatan yang cekap, cepat dan berkesan.....Saya tengah dok semangat ni nak tunjuk sesuatu yang lebih baik pada pelbagai pelanggan.. jadi macam ni pula...Sepatutnya jabatan-jabatan yang dok cari duit ni kena diberi segala kemudahan dan kelengkapan agar apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan..kalau pegawai tidak cukup dan budget pun diminta jimat.. macam mana nak bergerak...fikir-fikirlah sama-sama

untuk kembali ke blog indok, klik tetikus anda di sini: http://www.semangatjati.blogspot.com

Wednesday, April 14, 2010

PROAKTIF DALAM KUTIPAN CUKAI TANAH

Kg Gulau Sik: 14 April 2010

Dulu-dulu pemerentah mengutip apa-apa cukai yang dikenakan dengan cara pegawai cukai yang dilantik pergi ke kampong-kampong untuk mengutip cukai..Mungkin pada waktu tidak banyak sangat sumber yang dapat dikutip dan maklumat pun tidak begitu banyak. Selepas itu kutipan cukai mula dilaksanakan disesuatu tempat khas apabila bilangan hakmilik semakin bertambah dan bilangan urusniaga dan bukan urusaniaga tanah semakin bertambah juga sesuai dengan pertambahan penduduk. Kutipan luar menjadi agak bermasalah pada waktu itu.

Walau bagaimanapun sekarang ini dengan kecanggihan dan kemodenan pengurusan tanah yang menggunakan teknologi maklumat sepenuhnya telah membolehkan urusan kutipan cukai tanah boleh dibuat diluar pejabat. Ini amat memudahkan kerana semua maklumat dapat dibawa keluar dari pejabat.


Pentadbir Tanah Daerah Sik turun ke padang untuk meninjau sendiri aktiviti Kaunter Bergerak Pejabat Tanah Sik. Program ini di Kompleks Penghulu Mk Sok, di Kg Gulau.

Pejabat Tanah Sik mengambil kesempatan dari kemudahan yang disediakan ini dengan juga mengaturkan beberapa program kutipan cukai tanah yang dikenali sebagai 'Kaunter Bergerak' dibeberapa lokasi strategik dalam daerah Sik ini. Antara tempat yang telah dilaksanakan ialah di Kg Gulau, Mk Sok. Adanya 'Kaunter Bergerak' ini telah memberi kemudahan kepada pemilik-pemilik tanah untuk membayar cukai tanah tanpa perlu pergi ke Pejabat Tanah di Pekan Sik. Ini akan mengurangkan kos untuk pengangkutan mereka dan juga masa dapat dijimatkan yang diboleh digunakan untuk kerja-kerja berfaedah lainya.

Pada peringkat awal ini mungkin agak kurang memberangsangkan kerana kemungkinan dari segi pengetahuan akan kemudahan ini belum lagi menyeluruh. Pejabat Tanah Sik akan berusaha dengan lebih giat lagi untuk menjalankan kempen Bayar Cukai Tanah dan mempromosikan 'Kaunter Bergerak' dikalangan pemilik tanah.



Berita terkini: cabutan dari Akhbar Sinar Harian / 06 Mei 2010

Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman
Teratak Kasih
Alor Setar

untuk kembali ke  blog indok , klik sahaja tetikus anda disini:  http://www.semangatjati.blogspot.com/

Saturday, April 10, 2010

PEMBANGUNAN TANAH DAN ‘STAR RATING’

Hotel l Equatorial, Cameron Highland: 09 April 2010

Kata orang duduk di Cameron Highland sejuk sekali..maklumlah kedudukannya yang tinggi melebihi 1.6 km dari aras laut. Maka hari ini aku berkesempatan berada di Cameron Highland untuk satu urusan rasmi jabatan di sini…Sepanjang perjalanan ke Tanah Rata, aku dapati terlalu banyak pembangunan dilereng-lereng bukit. Itu sebab bila berada di sini rupanya udaranya tidaklah sesejuk mana…udara nyaman sahaja.. Kata sepupuku yang menetap di Cameron Highland dulunya minyak masak boleh dipotong-potong kerana sejuk…. Begitulah keadaannya. Mungkin kerana hutannya sudah ditebang dengan berleluasa dan /pembangunan lereng bukit begitu berleluasa sekali.

Cantik kedai yang menjual pelbagai tumbuhan pelbagai daun dan bunga dengan lanskapnya yang menarik, tenang rasanya masuk ke kedainya ini...terbang juga RM100.00 beli pelbagai pokok kaktus dan pokok bunga...

Bila lihat pembangunan dilereng-lereng bukit ini rasa tertanya-tanya juga bagaimana boleh berlaku begitu banyak usaha-usaha pembangunan dibuat disitu terutama di Kg Raja, Berinchang, dan Tanah Rata ini…tanah dipotong teres sewenang-wenangnya, bangunan-bangunan dibina hingga rapat dengan jalan..rasanya rizab jalan sudah tidak ada lagi…Undang-undang dan peraturan berhubungan pembangunan kawasan bukit sudah ada dan amat ketat sekali sebelum boleh diluluskan. Ini untuk mengelakkan berlakunya pencemaran alam dan hakisan tanah serta runtuhan tanah. Nampaknya di Cameron Highland ini seperti tidak pakai langsung peraturan yang ditetapkan.

Satu perkara yang aku nampak disini ialah terlalu kurang orang melayu yang terlibat secara aktif dalam aktiviti ekonomi di sini..Banyak kaum tionghua di sini. Aktiviti utama disini ialah pengeluaran sayuran-sayuran, daun teh, dan buahan-buahan beriklim sederhana seperti buah strawberry. Hotelpun banyak juga disini. Memang aktiviti ekonomi begitu rancak disini. Setiap ruang yang ada dipergunakan sepenuhnya.

Aktiviti aku disini ialah untuk menghadiri Mesyuarat Khas Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah dimana banyak isu dan masalah pentadbiran tanah dan pembangunan dibentang dan dibincang cara penyelesaiannya. Begitu juga beberapa perancangan baru terutama dalam usaha meningkatkan hasil kerajaan negeri dibincangkan dengan panjang lebar .

Tanah lereng bukit diteroka sewenangnya yang boleh mengundang kerosakan alam sekitar seperti tanah runtuh, pencemaran air dan juga banjir. Gambar ini diambil dari bilik hotel tingkat 13. Tempat ialah di Brinchang, Perak.

Usaha Kerajaan Persekutuan untuk memberikan penarafan bintang terhadap jabatan kerajaan juga telah dibincang secara mendalam dalam satu mesyuarat khas keesokan harinya. PTG Kedah telah menjemput wakil dari KPTG untuk memberikan maklumat tambahan tentang cara-cara dan persiapan yang harus dibuat oleh jabatan dalam penilaian yang akan dibuat oleh MAMPU nanti. Adalah diharapkan nanti akan ada Pejabat Tanah yang akan mendapat 5 bintang atau sekurang-kurangnya 1 bintang. Jangan tidak dapat apa-apapun bintang. Yang ini dikira kes berat. Kena buat pembedahan secara menyeluruh untuk menyelesaikan isu dan masalah dalam jabatan tersebut. Star Rating menjadi mimpi –mimpi ngeri pada diriku dan kebanyakan rakan-rakan ketua jabatan….Banyak mengambil masa dan tenaga kakitangan untuk persiapan keararah itu hingga kerja teras terpaksa diabaikan demi memenuhi kehendak MAMPU. Itupun bukan semua dapat dipatuhi yang sudah tentu markah akan dipotong….Masih terlalu banyak masalah-masalah rakyat dalam urusan tanah yang belum dapat diselesaikan….begitu juga dengan tunggakan-tunggakan yang ada………


untuk kembali ke blog indok klik sahaja tetikus anda di sinihttp://www.semangatjati.blogspot.com

Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman
Teratak Kasih
Alor Setar

Friday, February 12, 2010

Tidak Kaya , Tidak Miskin, Maruah Melayu Tidak Tergadai

11 Februari 2010
Hotel Rainassance
Kota Bharu, Kelantan

Kadang-kadang tu idea dan ilham datang dari pengalaman lawatan ke tempat orang. Bapa saudara saya iaitu Dato' Abdullah Hussein, seorang Sasterawan Negara sendiri mengakui bahawa beliau buntu fikirannya jika tidak keluar bersosial dan bergaul serta melawat tempat-tempat tertentu. Itu sebab beliau sudah tidak lagi menulis kreatif sejak kebelakangan ini disebabkan keuzurannya itu, walaupun beliau masih boleh menulis dan berfikir.
Asyik mendengar taklimat oleh Pegawai Kewangan Negeri Kelantan di Wisma Darulnaim.
Kerajaan Negeri Kedah sentiasa berusaha mencari sumber-sumber hasil baru untuk menambahkan pendapatan negeri disamping meningkatkan kutipan sumber-sumber tradisional sedia ada. Tidak dapat dinafikan ruang yang ada untuk kerajaan meningkatkan hasil negeri seperti yang dibenarkan oleh perlembagaan agak terhad..Alangkah syoknya jika perairan Kedah ini ada hasil minyak...tentu boleh dapat hasil royalti. Tapi kalau sudah ada duit banyak ada pula yang akan lupa daratan...susah juga...

Sebab itu semua pegawai-pegawai kerajaan negeri Kedah kena berfikiran kreatif dan berinovasi dalam menjana pendapatan negeri Kedah melalui jabatan masing-masing.


Saya bersama rakan kumpulan sedang berbengkel di hotel penginapan.....nak kena perah otak juga ni...

Untuk itu satu lawatan sambil belajar telah dibuat oleh Perbendaharaan Negeri Kedah ke Perbendaharaan Kelantan dengan satu tujuan untuk menimba pengalaman kerajaan Kelantan dalam mengurus perbelanjaan dan mencari dana untuk pengurusan pentadbiran dan pembangunannya. Banyak idea-idea diperolehi hasil lawatan tersebut. Suasana dan keadaan persekitaran negeri tersebut lebih kurang sama sahaja dengan Kedah kerana kedua-dua negeri ini ditadbirkan oleh kerajaan Pakatan Pembangkang atau lebih khusus oleh PAS. Cumanya hendak belajar bagaimana sehingga kini masih lagi boleh 'survive' dengan tekanan dalam pelbagai aspek sejak sekian lama. Ini yang Kedah hendak belajar.

Saya bersama ahli rombongan di bilik gerakan Perbendaharaan Negeri Kelantan dalam sessi taklimat dan soal jawab dengan Pegawai Kewangan Negeri Kelantan.

Bagi memantapkan dan mengembangkan lagi idea dan ilham yang diperolehi itu diadakan pula bengkel di hotel ini selama dua hari dimana para peserta memerah otak memikirkan lagi apa lagi yang boleh menyumbang kepada hasil negeri Kedah.


Menjamu selera di tepi Sungai Kelantan
Pegawai Kewangan Negeri Kedah YB Dato' Hj Mohd Puat b. Mohd Ali telah merasmikan bengkel ini dan dalam ucaputamanya beliau telah menerangkan secara telus akan keadaan dan senario kewangan kerajaan negeri Kedah dan beliau sendiri telah menggulung dan membuat rumusan hasil-hasil perbincangan dalam bengkel tersebut...Jaminannya beberapa perkara baru yang menarik bernas akan dibawa keperingkat atasan untuk pertimbangan dan kajian teliti kerajaan sebelum boleh dilaksanakan. 

Sesungguhnya lawatan dan bengkel ini telah memberi banyak manafaat kepada pegawai-pegawai kerajaan negeri Kedah yang hadir dan tindakan-tindakan susulan sepatutnya diteruskan bila kembali ke Kedah. Kakitangan kerajaan Kedah baik dari semua peringkat dan segala macam tugas tidak lagi boleh ambil tidak kisah dan bekerja separuh kudrat sahaja. Semua kena ada komitmen untuk membantu kerajaan dalam meningkatkan hasil negeri kerana manfaatnya akan kembali kepada kakitangan dan rakyat negeri Kedah jua.


asriredha
teratak kasih
alor setar

Monday, January 25, 2010

SEMINAR PEMBANGUNAN DAERAH 2010

25 Januari 2010

Hotel Palace Of The Golden Horses
Seri Kembangan Selangor

Secara kebetulan awal tahun ini saya diarah memangku Pegawai Daerah Sik disebabkan Dato' Hj Azmi Din Pegawai Daerah Sik sebelumnya telah diarahkan melaksanakan tanggungjawab yang lebih berat di SADA (singkatan Syarikat Air Darul Aman). Atas kapasiti jawatan itu saya berpeluang menghadiri Seminar Pembangunan Daerah 2010 anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah disebuah hotel terkemuka di Lembah Kelang.

Tinjau punya tinjau nampaknya hanya saya seorang sahaja pegawai kerajaan negeri Kedah yang hadir seminar ini. Jemputan seminar ini adalah terdiri daripada Pegawai Daerah seluruh negara termasuk negeri dibawah pakatan pembangkang. Saya sengaja hadir juga seminar ini untuk mendapatkan maklumat terkini tentang program dan dasar-dasar baru kementerian dari segi pembangunan luar bandar....Kalau tidak terputus terus maklumat memandangkan setiap mesyuarat perancangan dan pelaksanaan projek pembangunan oleh kementerian tidak lagi dijemput wakil kerajaan negeri atau pegawai daerah menghadirinya.

Terfikir juga kenapa dijemput semua pegawai daerah negeri pakatan pembangkang sedangkan peranan dan tanggungjawab tidak lagi diberikan oleh kementerian....mulanya saya fikir mungkin untuk diberikan balik sedikit sebanyak tanggungjawab asal pegawai daerah sebagai agen pembangunan daerah oleh kementerian. Mungkin untuk mengelakkan dari tohmahan kut , bimbang orang kata kementerian mengetepikan terus pegawai daerah negeri pakatan pembangkang. Dalam pekeliling perkhidmatan kerajaan memang ternyata dan terserlah peranan pegawai daerah dinyatakan dengan jelas dan amat besar hingga semua jabatan-jabatan kerajaan atau badan berkanun yang hendak berurusan disesuatu daerah perlu merujuk dahulu kepada pegawai daerah untuk pohon pandangan dan penyelarasan. Tidak disebutkanpun pegawai daerah dinegeri pakatan pembangkang atau pakatan kerajaan.


Namun sehingga selesai seminar selama 2 hari tersebut perkara ini tidak diberi perhatian langsung oleh pihak penceramah dan juga oleh YB Menteri serta KSU Kementerian.. Tetapi didalam ucapan memang disebutkan juga pegawai kerajaan khususnya pegawai daerah sebagai kakitangan kerajaan yang perlu bekerja untuk semua rakyat tanpa mengira kaum, bangsa, ugama dan juga fahaman politik.Yang pentingnya adalah kesejahteraan rakyat, rakyat diutamakan. Soalan ada ditanya tetapi jawapan tidak diberikan secara lebih profesional.. seolah-olah cuba menghindari menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan...cubalah bayangkan nanti kalau semua negeri dibawah pakatan pembangkang manakala peringkat pusat oleh kerajaan yang memerintah....macam mana jadinya ya..Takkanlah hendak ditubuhkan jabatan lain pula disetiap negeri yang akan membawa kepada pembaziran wang rakyat lagi. Adakah Bidang Keberhasilan Utama Nasional Peringkat Kementerian boleh dicapai jika peranan pegawai daerah diketepikan atau kalau dikatakan tercapai oleh kementerian adakah data-data itu tepat dan meliputi semua peringkat rakyat......

asriredha
teratak kasih
alor setar

berita ini akan dipindahkan ke http//www.beritasri.blogspot.com